Selasa, 7 September 2010

KES PEMBUANGAN BAYI

Pendidikan agama mampu membendung kes pembuangan bayi
Sudah 53 tahun negara kita mengecapi kemerdekaan dan bebas daripada penjajahan British. Namun begitu, tingkah laku anak-anak muda zaman sekarang jelas menunjukkan minda mereka masih dijajah sepenuhnya. Rata-rata anak-anak muda zaman sekarang terjebak dengan budaya luar yang mampu memusnahkan kehidupan mereka sendiri. Daripada gejala mat rempit dan minah rempit kini kita digemparkan dengan berita mengenai kes pembuangan bayi. Siapa lagi yang melakukan perbuatan terkutuk ini? Kalau tidak lain tidak bukan anak-anak muda kita terutama sekali anak Melayu yang masih tidak sedar bahawa tindakan mereka ini hanya mampu merosakkan diri mereka sahaja.
Saban hari kita mendengar berita bayi dibuangkan di merata tempat termasuk ke dalam longkang, tong sampah, tandas dan tidak kurangnya di perkarangan rumah ibadat. Runtun hati saya apabila melihat insan yang sepatutnya paling dikasihi dan dipelihara iaitu bayi diperlakukan sedemikian rupa. Di manakah perginya perasaan kasih-sayang dalam diri mereka? Allah telah mengurniakan mereka sebaik-baik akal untuk menimbangkan antara perkara yang baik dan buruk. Tetapi tindakan mereka ini ternyata menunjukkan mereka tiada bezanya dengan haiwan malah lebih buruk lagi daripada haiwan. Haiwan yang tidak dikurniakan akal pun tahu menyanyangi anak mereka. Apakah sebabnya perkara ini semakin berleluasa sehingga Menteri Pembangunan Wanita, Dato' Sri Shahrizat Abdul Jalil menyatakan pendapatnya untuk menghukum pembuang bayi dengan hukuman mati?
Puncanya hanya satu iaitu kerana kurangnya pendidikan agama dan akhlak dalam diri anak-anak zaman sekarang. Jika ibu bapa memberi pendidikan agama yang secukupnya tidak mustahil kehamilan anak luar nikah tidak akan berlaku dalam negara kita. Ibu bapa lebih mementingkan kejayaan anak-anak dalam bidang akademik daripada membangunkan akhlak anak-anak mereka. Disebabkan kurangnya pendidikan agama maka lahirlah anak-anak yang mementingkan budaya hedonisme iaitu keseronokan dunia yang terlampau dan membawa mereka ke jalan kemusnahan.
Mereka lebih mengikut kehendak hawa nafsu mereka semata-mata. Apabila bisikan syaitan telah menguasai diri mereka, maruah diri lenyap begitu sahaja. Yang menjadi mangsa ialah anak luar nikah yang tidak berdosa ini. Disebabkan si ibu tidak mahu menanggung malu kerana melahirkan anak luar nikah, bayi yang dikandung sembilan bulan sanggup dibuang ke dalam lubang najis. Zalim sungguh manusia zaman sekarang. Apabila tiada pertimbangan diri, dosa dan pahala tidak mampu dibezakan lagi. Mereka sanggup melakukan dua kali dosa semata-mata mahu menutup malu. Dosa pertama mereka ialah melakukan maksiat bersama pasangan mereka sendiri dan kemudiannya membunuh anak yang tidak berdosa itu. Jika pegangan agama dalam diri mereka kukuh pasti kes kehamilan anak luar nikah dan sekaligus kes pembuangan bayi tidak akan berleluasa di negara kita.
Menurut pandangan saya, semua pihak seharusnya berganding bahu dalam menangani kes pembuangan bayi ini. Ibu bapa bertanggungjawab untuk mencorak kehidupan anak-anak mereka. Anak-anak ini ialah ibarat kain putih manakala ibu bapa adalah pencorak yang mencorakkan kain putih itu. Mereka seharusnya memberikan pendidikan agama dan akhlak yang sempurna kepada anak-anak mereka. Jangan biarkan mereka terjebak dengan perkara-perkara yang ditegah oleh Allah S.W.T. Kerajaan juga membawa peranan yang besar dalam membentuk generasi masa kini. Kerajaan harus mengadakan pelbagai aktiviti yang dapat membangunkan jati diri anak muda kita. Selain itu, media sendiri merupakan medium yang membawa anak-anak muda ke satu saluran yang berguna. Media seharusnya lebih banyak memaparkan program-program keagamaan yang mampu menarik anak-anak muda untuk menontonnya dan secara tidak langsung mampu mempengaruhi kehidupan seharian mereka ke jalan yang diredhai Allah S.W.T. Insyaallah.
Unsur khurafat menjadi alasan ‘Di Sebalik Wajah’ ditolak
Penulisan di Malaysia semakin hari semakin berkembang dengan suburnya mengikut peredaran masa. Pelbagai kemudahan, prasarana dan penerbitan buku disediakan semata-mata ingin memastikan generasi muda dapat mengembangkan bakat mereka dalam industri ini. Bagaimanapun, tidak semua penulis-penulis terdahulu yang berdiri megah pada hari ini memperolehi nasib yang baik sama seperti penulis-penulis sekarang. Penulis-penulis lama terpaksa mengharungi pelbagai cabaran dan rintangan sebelum berjaya berkongsi karya-karya sastera mereka kepada masyarakat. Seorang guru yang mempunyai cinta yang tinggi terhadap dunia penulisan, Abg Saifuddin Abg Bokhari berkongsi serba sedikit mengenai pengalaman pahit dan manisnya sepanjang menjadi seorang penulis. Novel beliau,‘Di Sebalik Wajah’ pernah ditolak oleh pihak (Dewan Bahasa dan Pustaka) DBP kerana dikatakan mengandungi unsur khurafat yang tidak layak diterbitkan. Namun begitu berkat usaha gigih beliau akhirnya novel itu terbukti mampu mendapat tempat di hati mereka yang mencintai karya-karya sastera. “Pada peringkat awal, karya saya dibakul sampahkan. Cerpen-cerpen saya di kaki penyunting,”luah beliau ketika diwawancara oleh watawan Nur Shahira Abdul Shariff.

Sejak bilakah saudara Saifuddin mula menyedari minat saudara dalam bidang penulisan?
Dari zaman sekolah, saya sudah minat menulis. Menulis merupakan salah satu nadi kehidupan saya. Saya masih mengingati cerpen pertama saya yang bertajuk ‘Bapa Maafkan Anakmu’yang telah diterbitkan pada tahun 1983 di majalah Sekolah Menengah Melugu, Sarawak. Ketika cerpen itu diterbitkan, saya berusia dalam lingkungan 15 tahun. Apabila mengetahui cerpen saya diterbitkan dalam majalah sekolah, saya sungguh gembira dan menyalakan lagi semangat saya untuk menulis. Saya berulang kali membaca cerpen saya itu dan dengan nyaring timbul rasa minat untuk meneruskan impian saya sebagai penulis. Selepas menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM), saya mengambil keputusan untuk menulis pada majalah perintis terbitan Dewan Bahasa Kuching, Sarawak. Akhirnya lahirlah ‘Bapa Maafkan Anakmu’. Dari situ, saya sudah menyedari bahawa jiwa penulis sudah mula sebati dalam hidup saya.


Bagaimanakah saudara boleh mengembangkan bakat saudara ini sehingga menjadi salah seorang penulis yang berjaya di Malaysia?
Perjalanan hidup seorang penulis kecil seperti saya memang agak sukar. Pada peringkat awal, karya saya dibakul sampahkan. Cerpen-cerpen saya di kaki penyunting. Saya hanya seorang pemain kata-kata yang tiada nama. Kebanyakan cerpen saya tidak disiarkan. Jadi kekecewaan mencengkam jiwa saya. Air mata mengalir jauh ke lubuk hati saya. Hanya desir angin dan ombak yang mengerti keluhan hati saya ini. Namun begitu, semua itu, tidak menjadi penghalang kepada saya untuk menjadi penulis. Saya terus berkarya kerana menulis itu sudah sememangnya sebati dalam hidup saya. Bagi saya, cara utama untuk memperbaharui karya saya supaya tidak dipandang rendah oleh orang lain ialah dengan membaca penulisan orang lain. Saya membaca karya novelis lain sama ada penulis tempatan atau antarabangsa. Saya membaca novel mereka berulang-ulang kali. Apabila kita banyak membaca, kita akan mengetahui keindahan dan gaya seorang penulis. Akhirnya karya saya banyak dibancuh oleh karya Sasterawan Negara dan pemenang hadiah Nobel Antarabangsa. Disebabkan sikap saya yang tidak mahu mengaku kalah dan gemar membaca karya-karya mereka, akhirnya novel saya, ‘Di Sebalik Wajah’ telah diterima oleh pihak DBP. Kini, ‘Di Sebalik Wajah’ telah diterjemah ke Bahasa Inggeris dan telah dibawa ke Frankfurr, German oleh Institut Terjemahan Negara (ITJN) untuk dijadikan pameran buku di sana.

Sebagai seorang penulis yang berjaya, saudara pasti mempunyai seorang idola sebagai pembakar semangat untuk berjaya dalam bidang ini. Siapakah idola anda dan kenapa saudara memilih beliau sebagai idola saudara?
Setiap orang mempunyai idola masing-masing. Saya memilih A.Samad Said sebagai idola saya kerana beliau mempunyai karya yang sangat menarik. Karya-karya beliau juga serba sedikit menjadi gaya saya. Jika dibaca ‘Hujan Pagi’ dan ‘Salina’ terdapat banyak gaya penulisannya yang menarik perhatian saya. Karya beliau seolah-olah hidup dan beliau dapat menghidupkan watak cerita dengan latar yang menarik serta plot yang agak kompleks. Begitu juga dengan puisi-puisi beliau yang amat mempesonakan. Keperibadian beliau juga cukup membuatkan hati saya tertarik untuk menjadikan beliau sebagai idola saya. A.Samad Said seorang sasterawan yang amat sederhana dan tidak sombong orangnya. Ini telah dibuktikan apabila saya menghampiri beliau di mana jua, beliau dengan lemah lembut memberi reaksi yang menyenangkan. Idola saya ini yang menjadi pembakar semangat kepada saya untuk berjaya dalam bidang penulisan sepertinya.

Apakah kaedah dan pendekatan yang saudara lakukan untuk mendapatkan inspirasi bagi menghasilkan sebuah cerita yang baik?
Saya lebih menumpu kepada karya yang amat hampir dengan kehidupan manusia. Sebagai seorang guru sekolah, karya saya tidak lari daripada kehidupan remaja. Novel saya, ‘Di Tawan Manusia Purba’ terbitan Berita Publishing pada tahun 1995 berkisar tentang sejarah manusia yang digarap menjadi kehidupan remaja. Saya merupakan seorang guru sejarah jadi sejarah itu sendiri merupakan sebahagian dari latarnya kehidupan manusia Neolitik di dalam buku ini. Dari sejarah, saya mengaitkan cerita ini kepada kisah kehidupan remaja. Di samping itu, karya saya, ‘Di Sebalik Wajah’ adalah bancuhan daripada cerita benar dalam kehidupan seharian saya. Kebanyakan karya saya, saya mengaitkan kisah mengenai kehidupan saya sebagai seorang guru. Saya lebih banyak memerhatikan kehidupan di sekeliling saya terutama di sekolah-sekolah yang saya mengajar. Banyak pengalaman pahit dan manis yang saya kutip sebagai seoarang pendidik telah diolah manjadi sebuah novel yang indah. Bagi saya pengalaman dan cerita yang benar jauh lebih indah dan cantik untuk dibentuk menjadi sebuah novel daripada cerita rekaan semata-mata.

Seperti yang kita maklum, saudara merupakan seorang guru. Saudara menceburi bidang penulisan sebagai pekerjaan sampingan. Adakah pekerjaan sebagai penulis mendatangkan hasil yang sangat lumayan sehingga menyebabkan saudara menjadikan pekerjaan sebagai penulis sebagai pekerjaan sampingan?
Menulis bukannya pekerjaan smpingan. Menulis merupakan sebahagian jiwa dan darah saya dan saya bukannya untuk mengejar pekerjaan tambahan. Gaji sebagai seorang guru dan pensyarah sudah mampu menyara kehidupan saya. Tetapi jiwa saya ini meruntun untuk menulis kehidupan yang disaksikan oleh saya sendiri. Apabila diolah di atas kertas ianya menjadi indah. Apa salahnya jika karya itu dihargai dan dikongsi oleh orang lain. Jika mereka menghargainya dan meletakkan harganya. Alhamdulillah. Bagi saya, harga sebagai seorang penulis bukan terletak pada hasil pendapatannya tapi kepuasan yang tiada tandingan apabila penulisan kita dihargai oleh orang yang membacanya.

Sebagai seorang guru, bagaimanakah cara yang saudara boleh lakukan untuk mendidik pembaca anda ke arah yang lebih positif?
Guru mengajar dengan keringatnya di dalam kelas. Jika menjadi guru dan penulis, karya adalah merupakan instrumen yang banyak menjangkau ke jiwa remaja. Secara tidak langsung apabila golongan remaja membaca novel, mereka telah pun diasuh dengan kalimat-kalimat yang disusun indah dan menjadi makanan rohani mereka. Suara guru mungkin hilang apabila di luar kelas tetapi nasihat dari teks karyanya secara tidak langsung melolos dalam hati dan menjadi makanan jiwa remaja. Untuk membina sebuah kota bukan memakan masa dalam sehari tetapi bertahun-tahun. Begitu juga dalam mendidik insan, ia bukan memerlukan masa dalam sehari malah bertahun-tahun. Sedikit demi sedikit karya yang di baca itu merupakan instrumen tambahan kepada ilmu yang ditimba di bangku persekolahan. Kebanyakan karya saya merupakan karya yang berkisar tentang kehidupan. Sebagai contoh, novel Secarik Wajah Ria terbitan DBP pada tahun 1995 berkisarkan kehidupan pelajar tingkatan 3 di Sekolah Menengah Taman Keramat yang pernah saya mengajar dahulu. Kenakalan mereka yang luar biasa saya garap menjadi sebuah novel dan novel itu banyak mengandungi unsur psikologi dan motivasi. Melalui karya Secarik Wajah Ria ini, saya menggambarkan kehidupan pelajar-pelajar saya yang dahulunya merupakan pelajar-pelajar yang degil dan akhirnya menjadi orang yang berjaya serta berguna di dunia ini. Saya yakin dengan terhasilnya karya saya ini, sedikit sebanyak saya dapat memberi pengajaran kepada pembaca saya untuk menjadi orang yang lebih baik kelak.

Setiap penulis mempunyai identiti yang tersendiri. Apakah identiti yang ada dalam diri saudara dan kelihatan berbeza daripada penulis yang lain?
Saya ingin menulis dengan gaya saya yang sendiri. Dahulu, jika menulis kita akan terpengaruh dengan penulisan Sasterawan Agung. Tidak salah untuk mengambil sedikit penulisannya tetapi kita perlu ada gaya yang tersendiri. Gaya saya barangkali lebih kepada apa yang ingin ditulis, cara penulisan dan teks-teks yang dimasukkan ke dalam karya itu secara umumnya berlainan dengan penulis yang lain. Setiap pembaca mempunyai tanggapan yang berbeza, saya tidak tahu sama ada gaya saya sama dengan gaya penulis-penulis yang lain tetapi kebanyakan penulis tidak dapat lari dari pinjam- meminjam seperti filem yang saya tonton di ‘HBO’ mengatakan dalam ‘flash of the genius’, wataknya menjelaskan diksi-diksi dalam teks bukanlah dicipta oleh pengarang kerana ianya sudah sedia ada tetapi mengadunkan diksi itu adalah milik pengarang. Hal yang sama juga dalam bidang penulisan. Jika orang membaca penulisan saya mungkin mereka akan mengetahui bahawa penulisan saya sama sekali berbeza dengan penulis yang lain.

Daripada pengamatan saya, novel-novel yang dihasilkan oleh saudara Saifuddin kebanyakan novel yang berunsurkan sains fiksen. Sedangkan masyarakat kita lebih meminati novel yang berunsurkan cinta. Bagaimanakah cara yang saudara boleh lakukan untuk menarik orang ramai membaca novel saudara?
Ya, saya lebih gemar menulis novel yang berunsurkan sains fiksyen daripada novel cinta. Kepuasan menulis novel berbentuk sains fiksyen berbeza daripada menulis novel cinta. Novel sains fiksyen yang pernah saya menulis ialah novel ‘Misteri Perenza’ yang berkaitan kehidupan remaja dan protes saya kepada penyalahgunaan tenaga nuklear. Bagi saya, ianya bukan perkara utama jika mahu memikirkan kenapa masyarakat kita lebih menggemari membaca novel berunsurkan cinta ketika menulis. Saya menulis sama sekali bukan kerana nama dan mengejar keuntungan komersial. Barangkali misi seorang pendidik itu masih mengalir dalam jiwa saya. Saya menulis adalah untuk berdakwah kepada pembaca saya. Jika saya mahu mengejar keuntungan, sudah lama saya menulis cerita cinta. Namun begitu, tujuan utama saya bukan untuk mengejar komersial tetapi lebih kepada untuk berdakwah. Sudah menjadi tanggungjawab pendakwah dalam sesebuah novel untuk bersama-sama menyampaikan dakwah dengan kalimat dan tinta. Penulis juga seperti penyanyi dengan dakwah nasyidnya dan seorang ahli politik dengan retorikannya bagi menarik orang untuk mengikuti pidatonya. Begitu juga dengan saya, sebagai seorang penulis, saya berbekalkan bentuk, gaya serta nilai murni dalam novel saya untuk menarik orang ramai membaca novel saya.

Sebelum menjadi seorang penulis, saya dikhabarkan penulisan saudara Saifuddin pernah ditolak oleh pihak (Dewan Bahasa dan Pustaka) DBP kerana dikhuatiri memberikan unsur khurafat kepada pembaca. Bolehkah saudara Saifuddin memberikan komen mengenai isu ini?
Pada mulanya saya ingin menghantar novel saya, ‘Di Sebalik Wajah’ untuk dihantar ke DBP tetapi ditolak kerana DBP menganggap novel tersebut mempunyai unsur khurafat dan banyak ungkapan yang tidak boleh digunakan. Ini disebabkan dalam novel ‘Di Sebalik Wajah’, saya menceritakan serba sedikit mengenai kelahiran Fikri yang dilahirkan menghidap penyakit Albino. Dalam novel itu, saya menerangkan sebelum kelahirannya, bapanya, Encik Saifuddin dan Puan Halipah pernah ke hospital dan bertemu dengan insan Albino yang mempunyai kulit terlalu cerah.Dari situ, Encik Saifuddin telah mengusik Puan Halipah sama ada mahu memperolehi anak seperti insan itu atau tidak. Akhirnya, usikan Encik Saifuddin itu telah menjadi kenyataan dan anak yang dikandung Puan Halipah menghidap penyakit Albino. Disebabkan perkara itu, pihak DBP telah menolak karya saya ini kerana khuatir pembaca mempercayai bahawa kelahiran Fikri adalah disebabkan usikan ayahnya mengenai orang Albino itu kepada ibunya. Pada hakikatnya, kelahiran Fikri adalah secara kebetulan dan takdir daripada Allah S.W.T. Saya sendiri tidak nampak isu khurafat dalam penulisan saya itu. Mungkin pihak DBP mempunyai alasan yang tersendiri untuk menolak karya saya itu. Tetapi yang pastinya alasan khurafat itu hanya alasan kecil dan saya dapat merasakan pihak DBP menolak karya saya kerana mereka menganggap saya tidak terkenal dan hubungan saya dengan penyuntingnya tidak terlalu akrab. Mungkin itu ialah antara beberapa sebab mereka tidak mahu menerbitkan hasil penulisan saya. Walaubagaimanapun, penolakan DBP membawa rahmat besar buat ‘Di Sebalik Wajah’. Selepas ditolak oleh pihak DBP, ‘Di Sebalik Wajah’ terus di hantar ke pertandingan anjuran Utusan Public Bank dan novel itu telah berjaya mendapat tempat ketiga. Pihak DBP mula buka mata terhadap karya saya dan novel itu akhirnya telah diterima oleh pihak DBP. Novel ‘Di Sebalik Wajah telah diulang cetak dan diterjemah ke dalam Bahasa Inggeris sekaligus dijadikan pameran buku di Frankfurr, German. Alhamdulilah.

Saya juga dikhabarkan novel saudara yang pernah mencetuskan kontroversi itu bakal dijadikan novel yang wajib dipelajari oleh pelajar sekolah menengah. Bagi pendapat saudara, apakah kriteria-kriteria yang menyebabkan novel saudara itu dipilih?
Dalam novel itu, ada kekuatannya yang tersendiri. ‘Di Sebalik Wajah’ ada ilmunya, ada kekuatan bahasanya dan ada falsafahnya kerana novel tersebut merupakan sebuah kisah yang dapat memberi pengajaran kepada pelajar agar menentang ‘inferiority’ kompleks yang menyelubungi seseorang itu. Bagaimana perasaan rendah diri seseorang itu dapat dipulihkan dengan keyakinan dan semangat yang dirangsang oleh ibu bapa, guru dan rakan-rakannya. Dalam novel itu sendiri, Fikri yang menghidap Albino telah berjaya mengharungi cabaran dan rintangan hidup dengan jayanya tanpa dipengaruhi dengan sikap mudah mengaku kalah. Selain itu, novel ini juga mendidik dan mengajar seseorang itu untuk hidup berdikari. Insyaallah, novel ini akan diterbitkan di Sekolah-sekolah Menengah di Utara. Saya harap dengan terhasilnya novel ini sedikit sebanyak ia dapat memberi banyak nilai murni dan pengajaran kepada pelajar-pelajar Malaysia sekaligus memastikan mereka dapat mengharungi hidup dengan jayanya sama seperti Fikri sebagai watak utama dalam novel ini.

Sebagai seorang penulis Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), saudara pasti mengetahui serba sedikit mengenai selok belok DBP. Menurut pemerhatian saudara, adakah dunia politik serba sedikit mempengaruhi penerbitan buku di DBP? Berikan sedikit ulasan mengenai perkara ini.
DBP merupakan sebuah badan berkanun yang bertanggungjawab memartabatkan bahasa dan sastera melayu. Banyak sumbangan DBP kepada golongan penulis tetapi apabila DBP ingin bersaing menjadi sebuah badan korporat, ia sedikit sebanyak menjejaskan reputasinya sebagai benteng pertahanan bahasa dan sastera Melayu. Menjadi tanggungjawab semua pihak untuk menyelamat DBP supaya merancak dan menyemarakan kegiatan sastera dan memberi galakan sokongan kepada penulis terutama penulis kecil macam saya dan rakan-rakan penulis yang baru sahaja bertapak dalam dunia penulisan. Suara-suara politik memang ada di mana-mana tetapi pihak eksekutif DBP harus bijak menarik rambut dalam tepung. Pihak DBP juga jangan cepat melatah apabila dikutuk dan dikritik oleh orang ramai. Saya tidak menafikan campur tangan politik sentiasa bernafas dan bernyawa dalam DBP. Namun begitu, karya penulis kecil seperti saya tidak tercalar berbanding dengan karya A.Samad Said dan Shahnon Ahman yang terheret sama dalam kancah dunia politik di DBP. Jika dilihat, golongan politik dan pecinta bahasa seolah-olah tidak sehaluan. Masing-masing mempunyai haluan yang jauh berbeza. Tetapi yang pasti, DBP masih menjadi badan utama yang mempertahankan nasib penulis seperti saya.

Menurut pandangan saudara, bagaimanakah nasib bidang penulisan Bahasa Melayu di Malaysia? Adakah masih di takuk yang lama?
Pada pendapat saya, penulisan di Malaysia sudah mula terus berkembang dengan suburnya. Semakin ramai yang menulis dan memenuhi ruang pameran kedai-kedai buku yang tersohor seperti MPH, Kinukuniya dan kedai-kedai buku lain di Malaysia. Novel Melayu terus laris dan peluang cerah terbentang luas kepada penulis muda untuk berkarya. Kerajaan juga semakin peka dengan kepentingan bidang penulisan sebagai salah satu cara untuk negara kita menuju ke mercu kejayaan. Namun begitu, terdapat segelintir penulis yang hanya menulis semata-mata untuk mengejar keuntungan. Mereka menulis dengan menggunakan gaya Bahasa Melayu yang kurang baik. Daripada pengamatan saya, terdapat segelintir penulis menggunakan bahasa rojak iaitu campuran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang saya rasa tidak elok digunakan. Ia mampu merosakkan keindahan Bahasa Melayu itu sendiri.

Apakah harapan saudara dalam bidang penulisan Malaysia?
Saya berharap suatu ketika nanti akan lahir penulis Malaysia yang akan dinobatkan dalam anugerah Noble Antarabangsa (Noble Prize Literature) yang masih belum dicapai oleh penulis dari Asia Tenggara. Setiap tahun akan lahir penulis-penulis baru yang dinobatkan dalam pelbagai sayembara. Sayembara merupakan satu pertandingan menulis novel dan cerpen untuk mencungkil bakat penulis muda. Bagi saya, sayembara bukanlah tujuan saya menulis tapi novel yang saya hasilkan adalah suara saya yang tidak terlalu nyaring di sebalik dinding-dinding sekolah tetapi akan melangkaui dinding hati manusia. Sebagai seorang penulis yang semakin menjangkau usia, pengalaman saya menimbun itu telah dititipkan menjadi karya-karya sastera. Saya berharap semoga karya-karya sastera saya ini akan menjadi khazanah negara untuk dikongsi kepada generasi masa hadapan yang menghargai dan mencintai kesusasteraan Malaysia. Harapan saya suatu hari nanti, dunia penulisan di Malaysia akan berdiri seiring dan sama gahnya seperti dunia politik dan hiburan. Semoga anak-anak Malaysia akan celik mata betapa mulianya bidang penulisan ini.

Abg Saifuddin Abg Bokhari seorang guru yang mencintai bidang penulisan sepenuh hatinya.

‘The Power of Positive Thinking’

Book Review
‘The Power of Positive Thinking’

Life as a Journalism student has a lot of assignments. We are the busiest people who need to follow the deadline and finish works on time in the short period. Everyday I will expose with the stress and tense. These two names, stress and tense are my big enemies who can ruin my colorful life. To avoid the stress from beats me, I decided to read a motivation book to relax and release my tension. Suddenly I found this magic book which is ‘The Power of Positive Thinking.’
‘The Power of Positive Thinking’ by Norman Vincent Peale is one of the best books that I look forward to with more pure, full of values and raw of spiritual. The writer successful brings the readers to discover this motivation book from one page to another page. People will feel very reluctant to skip each page in this book. That is because every page in this book will bring us to travel to the great journeys that can be remains in our mind. Personally, I love this book because it was taught me how to improve my self assessment from day to day. It also provides the best solution to solve any hard and light problems to the readers. That is a bonus of this book rather than other motivation books.
The father of positive thinking, Norman Vincent Peale shares his famous formula faith and optimism to millions of people through this book. His goal to make sure each person who read his book will able to eliminate defeatist attitudes in their life. His gentle guidance helps people to know the power we posses and to make the best of our life. This book is a simple, practical, heartfelt guide to enable people to enjoy confidence, success and joy.
From my reading, I think this book is written to suggest techniques and to give examples which demonstrate that you do need to be defeated by anything. There are many people are defeated by the everyday problems. We are go struggling to achieve our expectation, then we will whine through our days with sense of dull resentment at what we consider the ‘bad breaks’ life has given them. With reading this book all of our stressful can be released because this book can guide people how to run from the stress.
This book has a complete methods and techniques to help the readers achieve a happy, satisfying and worthwhile life. The writer thoroughly and enthusiastically believes in certain demonstrated and effective principles which when practiced can produce a victorious life. His aim is to set forth in this volume in a logical, simple and understandable manner so that the readers will get feeling a sense of need. We as the readers may learn a practical method by which can build for ourselves.
If we read this book thoughtfully, we can absorb its teachings and we will feel sincerely practice the principles and formulas to improve our own life to be the better person from yesterday. By using the techniques from this book, we can modify and change the circumstances in our new life. By mastering these principles, we will enjoy a delightful new sense of well-being.
The first topic in this book is believed in yourself. The writer asks the readers to have faith in our abilities. Without a humble but reasonable confidence in our own powers we cannot be successful or happy. But with self confidence we can succeed. A sense of inferiority interferes with the attainment of our hopes but self confidence leads to self realization and successful achievement. Because of the importance of this mental attitude, this book will help us to believe in ourselves and release our inner powers.
From this book, it will teach us to boost our confidence toward ourselves. As we know, lack of self- confidence apparently is one of the great problems besetting people today. By reading this book, we will able to think twice how to develop our self-confidence. To become a successful person, we need to be confident people. We need to believe in ourselves. In this book, it said everything in this world is look easy if we have a great self confidence. The idioms “Nothing is Possible’ is really exists in our life so what are we waiting for? Now is a great time for us to grab this opportunity with only reading this simple and technical book. Everything of successful had been reveal in this book.
We also can improve our relationship with other people through this book. We can bond our relationship with our family, friends and relatives by reading the whole chapter in this book. This is because, the book emphasize the importance of positive thinking in daily of our life. Thinking positive can educate us to think a good thing about other people. We will never think the bad sides about other people because positive thinking had been developed in our mindset. We also will feel relieve and satisfied if we able to help other people. From day to day, everyone will feel comfortable with us because of our kind hearted.
In this book, it was stated the words from the psychologist, William James which is “One of the deepest drivers of human nature is the desire to be appreciated.’ That is the magical words that always had been kept in my mind. The longing to be liked, to be held in esteem, to be a sought after person, all of these are fundamental thing for us. There are certain formulas and procedures which can make us as a person can enjoy satisfactory personal relationships even we are a difficult person or by nature shy and unsocial. The writer had been used the simple tools to help the readers who are lack of confidence to circle their relationships with other people. I am pretty sure if we read this book, we are capable to communicate with the strangers without any feeling of awkward. That is the promise of this book.
If I have the power of vote, I would like to give this motivation book full mark because I feel very satisfied with the idea and inspiration of this book. The writer successful constructs his own words with the simple and easy words so that the message from this book can be delivered clearly. In this book, the author successful finds out the best solution to get out from the problems which had been called positive thinking. Positive thinking is the only way to make our life joyful and happy.
Although this motivation book give a lot of benefits to the readers but it is still lack of guarantee to convincing the readers to practice the procedures of positive thinking for the whole of their life. As we know, people are easy to forget anything easily. I think most of the readers who read this book, only practicing the formula of positive thinking just for the short period time. They will only capable to work hard in practicing the positive thinking for only one until two weeks. That is a normal thing as a human nature. To make people keep on practicing the positive thinking formula in this book, I think the author should produce e-book which offers the audio and colorful map of the formula and procedures.
Another thing that should be reconsidered is the visual aid that can be shown in this book. As an ordinary people, we are been created to attract with the picture. Picture can grab our attention and mind to keep it remains in our mind. Have you ever heard the words ‘picture can tell 1001 stories’? That is the power of the image to disseminate the message quickly and efficiently. It is might be if the author deliver his message about the positive thinking through diagram, features or image, the readers will easy to remember it for the whole of their life.
However this book stills the one of the motivation book that can help me to improve my life to be the best person. It also guides me to strengthen my relationship with my beloved family, relatives, friends and my colleagues. I have a gut to face this life with confidence without any feeling of fear to achieve my goals. Beside that, this book brought me to another new phase to become a successful person. All of these things happen because of the gentle guide of the writer to attract us to make the positive thinking as the routine of our life. To people who are lack of self confidence and always feel down, the answer of their problem is the book of ‘The Power of Positive Thinking’ by Norman Vincent Peale. They will never feel regret with reading this book because after they are finish every topic in this book, they will experience a new changes, personality and behavioral.

‘The Power of Positive Thinking’

Book Review
‘The Power of Positive Thinking’

Life as a Journalism student has a lot of assignments. We are the busiest people who need to follow the deadline and finish works on time in the short period. Everyday I will expose with the stress and tense. These two names, stress and tense are my big enemies who can ruin my colorful life. To avoid the stress from beats me, I decided to read a motivation book to relax and release my tension. Suddenly I found this magic book which is ‘The Power of Positive Thinking.’
‘The Power of Positive Thinking’ by Norman Vincent Peale is one of the best books that I look forward to with more pure, full of values and raw of spiritual. The writer successful brings the readers to discover this motivation book from one page to another page. People will feel very reluctant to skip each page in this book. That is because every page in this book will bring us to travel to the great journeys that can be remains in our mind. Personally, I love this book because it was taught me how to improve my self assessment from day to day. It also provides the best solution to solve any hard and light problems to the readers. That is a bonus of this book rather than other motivation books.
The father of positive thinking, Norman Vincent Peale shares his famous formula faith and optimism to millions of people through this book. His goal to make sure each person who read his book will able to eliminate defeatist attitudes in their life. His gentle guidance helps people to know the power we posses and to make the best of our life. This book is a simple, practical, heartfelt guide to enable people to enjoy confidence, success and joy.
From my reading, I think this book is written to suggest techniques and to give examples which demonstrate that you do need to be defeated by anything. There are many people are defeated by the everyday problems. We are go struggling to achieve our expectation, then we will whine through our days with sense of dull resentment at what we consider the ‘bad breaks’ life has given them. With reading this book all of our stressful can be released because this book can guide people how to run from the stress.
This book has a complete methods and techniques to help the readers achieve a happy, satisfying and worthwhile life. The writer thoroughly and enthusiastically believes in certain demonstrated and effective principles which when practiced can produce a victorious life. His aim is to set forth in this volume in a logical, simple and understandable manner so that the readers will get feeling a sense of need. We as the readers may learn a practical method by which can build for ourselves.
If we read this book thoughtfully, we can absorb its teachings and we will feel sincerely practice the principles and formulas to improve our own life to be the better person from yesterday. By using the techniques from this book, we can modify and change the circumstances in our new life. By mastering these principles, we will enjoy a delightful new sense of well-being.
The first topic in this book is believed in yourself. The writer asks the readers to have faith in our abilities. Without a humble but reasonable confidence in our own powers we cannot be successful or happy. But with self confidence we can succeed. A sense of inferiority interferes with the attainment of our hopes but self confidence leads to self realization and successful achievement. Because of the importance of this mental attitude, this book will help us to believe in ourselves and release our inner powers.
From this book, it will teach us to boost our confidence toward ourselves. As we know, lack of self- confidence apparently is one of the great problems besetting people today. By reading this book, we will able to think twice how to develop our self-confidence. To become a successful person, we need to be confident people. We need to believe in ourselves. In this book, it said everything in this world is look easy if we have a great self confidence. The idioms “Nothing is Possible’ is really exists in our life so what are we waiting for? Now is a great time for us to grab this opportunity with only reading this simple and technical book. Everything of successful had been reveal in this book.
We also can improve our relationship with other people through this book. We can bond our relationship with our family, friends and relatives by reading the whole chapter in this book. This is because, the book emphasize the importance of positive thinking in daily of our life. Thinking positive can educate us to think a good thing about other people. We will never think the bad sides about other people because positive thinking had been developed in our mindset. We also will feel relieve and satisfied if we able to help other people. From day to day, everyone will feel comfortable with us because of our kind hearted.
In this book, it was stated the words from the psychologist, William James which is “One of the deepest drivers of human nature is the desire to be appreciated.’ That is the magical words that always had been kept in my mind. The longing to be liked, to be held in esteem, to be a sought after person, all of these are fundamental thing for us. There are certain formulas and procedures which can make us as a person can enjoy satisfactory personal relationships even we are a difficult person or by nature shy and unsocial. The writer had been used the simple tools to help the readers who are lack of confidence to circle their relationships with other people. I am pretty sure if we read this book, we are capable to communicate with the strangers without any feeling of awkward. That is the promise of this book.
If I have the power of vote, I would like to give this motivation book full mark because I feel very satisfied with the idea and inspiration of this book. The writer successful constructs his own words with the simple and easy words so that the message from this book can be delivered clearly. In this book, the author successful finds out the best solution to get out from the problems which had been called positive thinking. Positive thinking is the only way to make our life joyful and happy.
Although this motivation book give a lot of benefits to the readers but it is still lack of guarantee to convincing the readers to practice the procedures of positive thinking for the whole of their life. As we know, people are easy to forget anything easily. I think most of the readers who read this book, only practicing the formula of positive thinking just for the short period time. They will only capable to work hard in practicing the positive thinking for only one until two weeks. That is a normal thing as a human nature. To make people keep on practicing the positive thinking formula in this book, I think the author should produce e-book which offers the audio and colorful map of the formula and procedures.
Another thing that should be reconsidered is the visual aid that can be shown in this book. As an ordinary people, we are been created to attract with the picture. Picture can grab our attention and mind to keep it remains in our mind. Have you ever heard the words ‘picture can tell 1001 stories’? That is the power of the image to disseminate the message quickly and efficiently. It is might be if the author deliver his message about the positive thinking through diagram, features or image, the readers will easy to remember it for the whole of their life.
However this book stills the one of the motivation book that can help me to improve my life to be the best person. It also guides me to strengthen my relationship with my beloved family, relatives, friends and my colleagues. I have a gut to face this life with confidence without any feeling of fear to achieve my goals. Beside that, this book brought me to another new phase to become a successful person. All of these things happen because of the gentle guide of the writer to attract us to make the positive thinking as the routine of our life. To people who are lack of self confidence and always feel down, the answer of their problem is the book of ‘The Power of Positive Thinking’ by Norman Vincent Peale. They will never feel regret with reading this book because after they are finish every topic in this book, they will experience a new changes, personality and behavioral.

Isnin, 6 September 2010

Rasuah Satu Jenayah.

Oleh NUR SHAHIRA ABDUL SHARIFF
Sepuluh tahun lagi negara kita yang tercinta, Malaysia bakal menginjakkan kaki ke angka 2020. Namun begitu, negara kita masih belum bebas daripada rasuah yang boleh memusnahkan impian dan harapan kita untuk merealisasikan Wawasan 2020. Di manakah silapnya sistem pentadbiran negara kita? Adakah pemimpin-pemimpin negara kita gagal membendung gejala rasuah ini? Atau rasuah ini merupakan permainan pembesar-pembesar negara kita? Hanya mereka sahaja mengetahui hakikat yang sebenar. Tetapi yang pastinya, rasuah merupakan satu jenayah yang amat besar. Negara yang masih belum bebas mengamalkan rasuah dianggap sebagai negara yang rapuh dalam sistem pentadbiran negara baik daripada segi ekonomi, politik dan sosial. Rasuah bukan sahaja menggugat kestabilan negara malah ia boleh meruntuhkan institusi kekeluargaan dan meregangkan hubungan persahabatan serta kekeluargaan yang dibina berpuluh-puluh tahun yang lalu. Mahukah kita melihat segala kebahagiaan dan kesenangan yang kita perolehi hari ini lenyap dengan begitu sahaja? Tepuk dada tanya selera. Segala jawapan terletak di tangan kita sendiri.
Rasuah sama sekali ditegah dalam Islam. Ini kerana, rasuah langsung tidak mendatangkan kebaikan malah lebih banyak keburukan yang boleh merosakkan diri sendiri. Manusia yang mempunyai akal fikiran yang waras dan rasional pasti dapat melihat betapa hina dan kejinya rasuah ini. Rasuah merupakan satu jenayah yang besar. Suatu jenayah yang mampu memporak perandakan kehidupan orang lain, Jika kita membunuh orang, kita pasti akan dihukum gantung sampai mati. Itulah hukuman untuk orang yang membunuh kerana membunuh merupakan suatu jenayah yang berat. Bagaimana pula dengan rasuah? Rasuah sama berat pertimbangannya dengan kes membunuh. Apakah hukuman yang seharusnya dikenakan kepada si perasuah? Sudah tentu hukumannya tidaklah seberat hukuman si pembunuh dengan hanya hukuman penjara dan denda wang ringgit. Sudah tentu mereka yang mempunyai wang yang banyak boleh mempermainkan institusi kehakiman kita. Wang ringgit sama sekali tidak menjadi masalah kepada orang yang berkemampuan. Hukuman ini sangat tidak adil sedangkan rasuah juga diibaratkan seperti membunuh kehidupan orang lain. Silap hari bulan rasuah juga mampu membunuh semua masyarakat Malaysia hari ini. Seharusnya hukuman yang sama seperti si pembunuh dikenakan kepada si pemberi dan penerima rasuah ini. Siapalah kita untuk mempertikaikan hukuman ini? Kita hanya orang bawahan yang mempunyai suara kecil di negara milik kita sendiri. Mereka yang mempunyai kuasa besar sahaja mampu mengubah segalanya. Suara mereka lebih didengari daripada suara kecil kita ini.
Pada 13 Februari 2010, kita digemparkan dengan satu berita yang bertajuk ‘Lapan Kes Rasuah Berprofil Tinggi ditutup Selepas disiasat’. Berita tersebut menerangkan dengan jelasnya bahawa sebanyak lapan kes rasuah berprofil tinggi yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini, tidak akan dibawa ke mahkamah termasuk yang melibatkan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Mohd Shukri Abdull berkata kesemua kes tersebut telahpun selesai disiasat dan telah dimajukan kepada Timbalan Pendakwaraya, bagaimanapun ia diputuskan tiada pendakwaan akan dibuat. Kes-kes lain yang turut ditutup termasuklah melibatkan bekas speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator, Datuk T. Murugiah, bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin, Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Jawi, Pulau Pinang Teoh Beng Huat, anggota DUN Batu Tiga, Selangor Rodziah Ismail serta dua anggota Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat yang didakwa cuba merasuah calon Bebas DUN Penanti, Pulau Pinang, Aminah Abdullah. Kenapa kes-kes mereka yang berprofil tinggi ini ditutup? Alasannya kerana bukti yang dikemukakan tidak kuat dan bukti yang ada seharusnya mencecah 90%. Pasti belegar-legar di fikiran masyarakat kita, kenapa kes yang melibatkan kuasa-kuasa besar ini diambil mudah sahaja. Adakah kes rasuah yang lebih besar dosanya daripada jenayah juga dipolitikkan?
Rasuah merupakan suatu jenayah tapi kenapakah ia dipolitikkan? Persoalan ini yang selalu bermain di minda dan akal rakyat Malaysia apabila hampir setiap hari mereka disogok dengan cerita-cerita sensasi mengenai pembesar-pembesar negara yang sewenang-wenangnya membunuh kehidupan orang lain dengan cara yang keji iaitu rasuah. Tapi hanya kerana mereka mempunyai kuasa yang besar, jenayah rasuah yang mereka lakukan mendapat pelepasan berbanding dengan orang-orang bawahan. Janganlah kerana ada kuasa yang besar, mereka merasakan mereka mampu melakukan apa sahaja. Mereka fikir dengan wang ringgit boleh membeli apa sahaja di dunia ini. Disebabkan mereka memperjudikan rasuah, mereka telah membunuh kehidupan orang lain serta memusnahkan kebahagian seluruh keluarga orang yang terlibat dalam kancah rasuah mereka ini. Adakah dengan wang ringgit mereka yang berjuta ringgit itu mampu membeli kembali nyawa orang lain? Atau wang ringgit itu mampu mengembalikan sejarah kebahagian orang lain? Ya, duit boleh membeli segala-galanya tapi sudah terang lagi bersuluh duit tidak mampu membeli nyawa dan kebahagian manusia. Rasuah adalah lebih besar daripada jenayah. Ia bukan sahaja mampu membunuh kehidupan orang yang terlibat malah dengan sekelip mata rasuah itu sendiri boleh menggugat kestabilan negara. Negara yang telah maju dan gah dengan pembangunan juga mampu musnah dengan begitu sahaja hanya kerana rasuah.
Sejak menjadi negara yang merdeka hinggalah sekarang, Malaysia masih belum bebas sepenuhnya daripada isu rasuah ini. Masih ramai lagi rakyat kita yang mengamalkan rasuah dalam kehidupan seharian mereka. Bagi mereka, ianya tidak salah asalkan ia mampu memenuhi kepuasan dan nafsu jahat mereka. Menurut pakar negara, negara kita, merupakan negara yang paling hebat dalam kancah jenayah rasuah baik daripada pihak orang bawahan mahupun orang atasan, amalan rasuah ini sudah menjadi kebiasaan dalam kehidupan seharian mereka. Rasuah sudah sebati dan sama sekali tida asing lagi dalam kehidupan mereka. Mereka dengan bangganya membeli rasuah yang secara tidak langsung menjual maruah negara, agama dan bangsa. Di manakah cinta mereka kepada negara, agama dan bangsa? Jati diri mereka yang teguh dibina sebelum ini hanya lenyap dengan begitu sahaja apabila mereka disajikan dengan kemewahan yang sementara dan tidak membawa sebarang makna dalam kehidupan mereka.
Bagi memastikan negara kita bebas daripada jenayah, kita seharusnya memastikan tunggak negara iaitu pemimpin-pemimpin negara bebas daripada amalan rasuah. Namun begitu, impian itu hanya sekadar impian sahaja. Majoriti pembesar-pembesar negara lebih hebat dalam amalan rasuah ini. Tidak hairanlah, kebanyakan pemimpin kita mampu membeli kereta serta rumah berjuta-juta ringgit. Mereka bergaya dengan aset-aset harta mereka itu dengan hasil wang yang haram. Mereka dengan megahnya mengatakan segala kemewahan yang mereka perolehi ini datang daripada usaha gigih mereka tapi pada hakikatnya ia adalah hasil titik peluh orang lain yang telah dicuri oleh mereka. Inikah sikap pemimpin yang perlu disanjungi selama ini.
Kebanyakan orang memperjudikan rasuah semata-mata untuk cepat memperolehi kemewahan dan kesenangan dalam kehidupan kita. Bayangkan, gaji mereka hanya 15 ribu ringgit tetapi dengan memberikan maklumat yang tidak boleh dijual, mereka mampu memperolehi hampir berjuta ringgit. Siapa yang tidak mahu duit sebanyak itu yang mampu menampung seumur kehidupan mereka? Hanya mereka yang mempunyai iman yang kuat dan teguh sahaja tidak akan memandang kekayaan yang sementara itu. Walaupun rasuah semakin menjadi-jadi di negara kita, kita juga seharusnya memuji tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPRM) kerana telah berusaha dengan gigihnya tanpa penat dan lelah bagi membanteras jenayah rasuah. SPRM yang dahulunya dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah, Malaysia atau singkatannya BPR mula beroperasi pada 1 Oktober 1967 sebagai sebuah jabatan penuh. BPR hanyalah sebuah unit kecil yang diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk menjalankan aktiviti-aktiviti pencegahan khususnya ceramah. Pada masa itu juga, siasatan kes-kes rasuah dijalankan oleh Cawangan “Special Crime” yang diletakkan di bawah Jabatan Polis. Manakala pendakwaan kes- kes rasuah dikendalikan oleh Bahagian Pendakwaan, Kementerian Undang-Undang.
Pada 1 Julai 1973, Akta Biro Siasatan Negara (BSN) diluluskan oleh Parlimen dan dengan itu BPR ditukar namanya kepada Biro Siasatan Negara atau BSN. Penukaran nama ini bertujuan untuk memberi tugas yang lebih kuasa kepada Biro yang bukan sahaja menyiasat kes-kes yang berkaitan dengan kepentingan negara. Inilah kali pertama jabatan ini ditubuhkan melalui sebuah Akta. Nama Jabatan ini kemudiannya ditukar kembali kepada nama asal iaitu BPR pada 13 Mei 1982 apabila Akta Badan Pencegah Rasuah, 1982 diluluskan oleh Parlimen dan dikuatkuasakan. Bermu1a pada 1 Januari 2009 , SPRM beroperasi sebagai sebuah badan yang mengambil alih sepenuhnya tugas BPR. Tugas utama SPRM ialah mendidik orang rami supaya jauh daripada rasuah dan memerangi rasuah sepenuhnya daripada merebak dalam negara kita. Itulah serba sedikit tugasan SPRM dan sebenarnya tugas mereka lebih besar daripada sangkaan kita. Bagaimanakah mereka menjalankan tugasan mulia ini? Oleh itu, sebuah penghargaan yang tinggi perlu diberikan kepada ahli SPRM yang berusaha sedaya upaya mereka untuk mendidik anak Malaysia daripada mengamalkan rasuah.
Menurut pandangan Dr Mohd Ridwan Tee Abdullah, rasuah merupakan pertikaian antara syurga dan neraka. Siapa yang memberi mahupun menerima rasuah akan dihumbat dalam neraka. Sudah termaktub dalam Al-Quran, rasuah sama sekali ditegah dan dilarang dalam Islam. Sesiapa yang cinta dan taksub kepada rasuah, mereka dengan secara automatiknya akan dihumbat ke dalam neraka Allah. Itu janji Allah dan ianya sudah semestinya ditunaikan. Melalui pemerhatian Pensyarah Universiti Putra Malaysia ini, Malaysia tidak boleh lari daripada politik. Apa sahaja bidang di negara kita, pasti akan dipolitikkan termasuklah rasuah. Seperti yang kita ketahui, rasuah merupakan satu jenayah tapi kenapa dengan mudahnya ia dipolitikkan? Besar sangatkah kuasa politik sehingga ia mampu mempertaruhkan rasuah sehingga membunuh anak bangsa sendiri. Kes yang menjadi bualan hangat baru-baru ini ialah mengenai kes Teoh Beng Hock. Isu Teoh Beng Hock telah diambil kesempatan dan digunakan sepenuhnya oleh pihak-pihak tertentu bukan sahaja bagi meraih sokongan masyarakat terhadap fahaman politik mereka malahan menimbulkan perasaan kebencian terhadap pihak berkuasa dan kerajaan yang memerintah. Ada juga segelintir masyarakat megheret nama SPRM sebagai dalang utama yang menyebabkan kematian Teoh Beng Hock.
Akibat daripada fitnah yang tidak berasas ini telah menyebabkan SPRM menjadi lemah semangat dan tidak mempunyai kekuatan untuk meneruskan misi mereka bagi membanteras rasuah daripada terus menular di dalam negara kita. Apa sudah jadi dengan dua pegawai pejabat ADUN Selangor berhubung kes pasir ini? Kenapa didiamkan perkara ini? Janganlah dek desakan dan hentaman pembangkang, SPRM menjadi semakin takut untuk menegakkan keadilan. SPRM harus berani bertindak dan jangan tunduk kepada desakan serta tekanan mereka. Ini hanyalah mainan politik untuk mengaburi rakyat atau mengalih perhatian terhadap isu sebenar iaitu rasuah dan penyelewengan yang dilakukan oleh mereka. Adalah tidak wajar dan amat merbahaya jika rasuah dijadikan isu politik. Ini kerana apa jua usaha atau tindakan pihak berkuasa untuk memeranginya khususnya dalam tindakan penyiasatan akan dijadikan modal politik untuk menyerang agensi terbabit atau kerajaan yang memerintah. Bagi memerangi jenayah rasuah ini, kita tidak seharusnya melepaskan semua tanggungjawab kepada SPRM. Rasuah haruslah dibanteras oleh semua pihak. Janganlah kita menuding jari ke arah orang lain kerana tindakan ini ternyata tidak menguntungkan mana-mana pihak. Untuk membanteras rasuah ini, marilah kita bersama-sama membantu pihak SPRM bagi mengembleng gejala rasuah ini daripa berleluasa. Semoga negara kita akan bebas daripada gejala rasuah pada tahap sifar. Insyaallah.

Pembangunan Ekonomi yang Seimbang Pencetus Kejayaan Satu Malaysia

‘Maka kami rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip berikut iaitu Kepercayaan kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-undang dan Kesopanan dan Kesusilaan’, ikrar ini sering kali bergema di ruang-ruang sekolah pada waktu pagi. Setiap rakyat Malaysia pastinya pernah melafazkan prinsip Rukun Negara di sekolah suatu ketika dahulu. Bagi mereka yang masih bersekolah, pastinya rutin itu masih dteruskan sebagai tanda cinta dan kepatuhan kepada negara. Prinsip Rukun Negara ini sudah disemai sejak alam persekolahan lagi dan telah meresap dalam darah yang mengalir dalam tubuh kita.
Namun begitu, tidak semua masyarakat kita mengerti erti sebenar prinsip Rukun Negara itu. Ikrar yang dilafazkan hanya dilafazkan daripada mulut semata-mata dan bukannya daripada jiwa dan hati yang luhur. Jika masyarakat mengetahui sejarah terhasilnya prinsip Rukun Negara ini pasti mereka akan mula sedar betapa pentingnya menghayati dan menghargai lima prinsip Rukun Negara ini dengan sepenuh hati mereka.
Prinsip Rukun Negara dihasilkan setelah melihat perpecahan negara yang berlaku angkara tragedi 13 Mei 1969. Tragedi hitam itu telah menggegar seluruh negeri di Malaysia kerana tragedi ini telah membuka mata masyarakat bahawa betapa goyahnya perpaduan kaum di antara masyarakat Cina dan Melayu pada masa itu. Pertengkaran antara dua kaum yang terbesar di Malaysia ini telah menyebabkan berlakunya pertumpahan darah dan usaha untuk menjernihkan hubungan di antara kedua-dua kaum ini menemui jalan buntu.
Peristiwa tersebut telah mendedahkan kepada kita semua bahawa survival Malaysia sebagai sebuah negara bangsa dan sistem sosial yang kukuh, tidak semata- mata teletak kepada pertumbuhan ekonomi yang baik dan kestabilan politik yang mantap. Apa yang lebih penting dalam konteks Malaysia sebagai sebuah masyarakat majmuk ialah usaha berterusan untuk memupuk dan menghasilkan hubungan etnik yang harmonis. Berdasarkan pengalaman 13 Mei 1969, ternyata faktor hubungan etnik yang harmonis menjadi anak kunci bagi keseimbangan antara kekukuhan ekonomi dan kestabilan politik.
Tragedi berdarah ini telah memberi beberapa pengajaran penting kepada ahli-ahli politik dan setiap rakyat Malaysia, bak kata pepatah, “yang baik buat teladan, yang buruk buat sempadan.” Daripada peristiwa ini, terang lagi bersuluh, ia menyatakan bahawa rusuhan kaum tidak menguntungkan sesiapa. Malahan, rusuhan kaum merugikan semua pihak dengan kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda. Selain itu, langkah-langkah konkrit harus diambil untuk mengeratkan perpaduan nasional dan keharmonian antara kaum. Perpaduan nasional juga tidak akan tercapai sekiranya terdapat sebilangan besar rakyat yang miskin. Akhir sekali, peristiwa 13 Mei telah memberi pengajaran bahawa setiap rakyat harus menghormati satu sama lain.
Bagi membendung tregedi seumpama ini berlaku lagi di tanah tumpah darah kita, kerajaan Malaysia telah menubuhkan Jabatan Perpaduan Negara dan kini dikenali sebagai Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) pada tahun 1969 untuk memupuk perpaduan dan keharmonian antara kaum.
JPNIN kini juga dipertanggungjawabkan memantapkan integrasi nasional iaitu merapatkan masyarakat daripada semua negeri di Malaysia khususnya antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak. Usaha-usaha lain yang diambil oleh kerajaan untuk memupuk perpaduan nasional dan hubungan etnik yang harmonis ialah pengenalan Rukun Negara, Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan, pergabungan politik-politik melalui Barisan Nasional dan integrasi antara wilayah.
Prinsip Rukun Negara merupakan jalan penyelamat bagi memastikan hubungan antara kaum kukuh sehingga ke hari ini. Lima prinsip dalam Rukun Negara telah ditekankan dan diterapkan dalam diri masyarakat agar perpaduan kaum di Malaysia yang terdiri daripada orang Melayu, Cina, India dan semua rumpun etnik di Malaysia dapat dikukuhkan seperti ‘isi dan kuku’. Dengan terhasilnya prinsip Rukun Negara, hubungan baik di antara semua kaum di Malaysia dapat ditingkatkan dan perasaan saling sayang-menyanyangi wujud dalam kelompok masyarakat yang berbilang kaum ini.
Kesedaran rakyat berbilang kaum tentang hidup dalam suasana harmoni perlu ditekankan agar setiap rakyat tidak bertindak mengikut prinsip tertentu atas dasar politik, agama mahupun bangsa. Kehidupan tidak harmoni yang telah diterapkan kesan penjajahan British dan Jepun telah memberikan kesan yang cukup mendalam kepada negara kecil ini. Dasar pecah dan perintah telah merosakkan usaha untuk mengharmonikan rakyat Malaysia. Justeru, rakyat perlu kembali disedarkan bahawa wujudnya nilai-nilai yang menyeluruh ke arah perpaduan dan persefahaman kaum.
Oleh sebab itu, Rukun Negara digariskan untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dalam melahirkan rakyat yang hidup aman dan damai walaupun berbeza bangsa dan agama. Masyarakat yang demokratik meletakkan kuasa di tangan rakyat dalam menentukan kerajaan menerusi pilihanraya yang bebas. Manakala masyarakat yang progresif dicipta untuk mewujudkan warganegara yang berbudaya ilmu dan demi mewujudkan rakyat yang cukup pengetahuan untuk membangunkan negara. Masyarakat yang liberal pula diberikan kebebasan mengamalkan budaya kaum serta memelihara budaya kebangsaan.
Demi mengikat dan membina perasaan semangat cintakan negara di kalangan rakyat, Rukun Negara diisytiharkan secara rasminya oleh DYMM Yang Di Pertuan Agong pada 31 Ogos 1970. Usaha itu diteruskan untuk kekal sebagai panduan kepada rakyat di peringkat kebangsaan, negeri, daerah dan kampung.
Kini era baru telah bermula, di bawah pucuk kepimpinan Yang Berhormat Datuk Seri Najib Razak, konsep 1 Malaysia telah diperkenalkan untuk memantapkan perpaduan kaum di Malaysia. Konsep Satu Malaysia semakin hari semakin meniti di bibir masyarakat. Tujuan utama menghasilkan konsep Satu Malaysia semata-mata mahu mengembalikan kejernihan perpaduan antara semua kaum yang tercemar angkara perebutan hak masing-masing bagi memperolehi jalan hidup yang mudah dan senang. Sebagai negara yang berbilang kaum, setiap kaum di Malaysia seharusnya bertolak ansur dan tidak tamak untuk membolot hasil kekayaan bumi Malaysia.
Menurut pandangan Perdana Menteri Malaysia keenam, konsep Satu Malaysia membawa maksud yang sangat besar kepada setiap individu masyarakat di Malaysia. Di bawah konsep Satu Malaysia ini, ia membawa erti bahawa kita berdiri, berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. Dengan terhasilnya konsep ini, ia sama sekali tidak bererti bahawa dasar konsep Satu Malaysia telah menolak terus dasar afirmatif iaitu dasar untuk membantu kaum Bumiputera. Dasar tersebut masih dipraktikkan asalkan ianya adil dan pertimbangan akan diberikan kepada golongan Bumiputera yang layak mendapat sesuatu hak istimewa daripada kerajaan.
Melalui corak kepimpinan Datuk Seri Najib, pelbagai transformasi dicipta untuk menghasilkan suasana dan atmosfera Satu Malaysia ke dalam negara kita. Setiap kaum diberi peluang sama rata dan suara-suara masyarakat bukan Melayu seperti Cina dan India mula kedengaran di Dewan Parlimen.
Mereka diberi peluang untuk meluahkan perasaan dan memberi buah idea terhadap sistem pemerintahan di Malaysia. Disebabkan kelantangan mereka menyuarakan pendapat, suatu kejadian yang tidak diingini telah berlaku di mana masyarakat India yang merupakan kaum ketiga tertinggi di sini telah mengadakan satu demokrasi bagi menentang wakil pemimpin untuk masyarakat mereka. Mereka memerlukan seorang pemimpin yang berwibawa dan mampu untuk mempertahankan hak mereka selama ini.
Suatu demokrasi masyarakat India yang dikenali sebagai Hindraf telah menimbulkan kekecohan dan menyukarkan pihak pembesar untuk mengawal kemarahan dan ketidakpuasan hati mereka ini. Disebabkan perasaan bertanggungjawab, pemimpin-pemimpin Malaysia tanpa mengira kaum dan agama bersama-sama bergading bahu menangani masalah ini. Akhirnya permasalahan besar ini dapat diselamatkan. Dari situ, kita sudah dapat melihat hubungan perpaduan di antara kaum yang sama sekali menolak perasaaan ‘tidak mahu menjaga tepi kain orang lain’ telah menular di kalangan masyarakat khususnya daripada pemimpin-pemimpin negara.
Transformasi Satu Malaysia bukan sahaja melalui perhubungan di antara semua etnik dan kaum di Malaysia tetapi satu transformasi telah berlaku dalam sistem ekonomi Malaysia. Pertumbuhan ekonomi yang pesat dengan pertumbuhan ekonomi dengan pertumbuhan sektor pembuatan telah menukar parameter akonomi negara. Pertumbuhan yang pesat ini menunjukkan bahawa ekonomi Malaysia telah mengalami transformasi struktur iaitu daripada bentuk ekonomi yang berasaskan pertanian kepada satu bentuk ekonomi yang pantas menuju ke taraf ekonomi negara perindustrian.
Jika dilihat daripada perspektif Sejarah Malaysia, penjajah British telah menggalakkan perkembangan masyarakat secara plural melalui dasar Pecah dan Perintah. Pihak British telah menggalakkan kedatangan tenaga buruh dari negara China dan India semata-mata untuk kepentingan penjajah dalam sektor perlombongan, pertanian dan perladangan. Kepincangan yang wujud hasil perlaksanaan dasar Pecah dan Perintah adalah puncanya berlaku peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Ekoran peristiwa rusuhan kaum ini telah memaksa kerajaan merangka satu dasar yang bersepadu.
Oleh itu, dasar yang dikenali Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah dilaksanakan yang bertujuan membetulkan keridakseimbangan ekonomi antara kaum di Malaysia. Bagaimanapun dasar ini tidak berjaya mencapai matlamat sepenuhya. Justeru, kerajaan terpaksa menjalankan langkah lain yang sewajarnya bagi menjamin partumbuhan ekonomi yang memberangsangkan dan pada masa yang sama mewujudkan keseimbangan antara kaum.
Pada hari ini, ekonomi negara bergolak kembali seperti tempoh masa yang lalu. Baru-baru ini negara kita digemparkan dengan berita mengenai seorang lelaki Cina mahu membakar diri semata-mata kerana kedai makanan yang pernah dibina beberapa tahun lalu ditutup kerana mahu memuaskan hati orang Melayu. Kedai makanan di KOMTAR, Pulau Pinang akan ditutup disebabkan pemimpin Pulau Pinang merasakan diri beliau diugut oleh seorang lelaki Melayu yang menyatakan bahawa periuk nasi orang Melayu semakin hari semakin merosot disebabkan ketidakseimbangan ekonomi di Pulau Pinang di mana majoriti orang Cina menguasai ekonomi di negeri tersebut sehingga masyarakat Melayu sendiri dihimpit dalam kemiskinan.
Melalui rentetan daripada peristiwa itu, ianya jelas menunjukkan konsep Satu Malaysia dari segi ekonomi masih dalam peringkat tidak berjaya. Kerajaan perlu menitik beratkan mengenai isu ini. Kepincangan kaum di Pulau Pinang jelas menunjukkan hubungan di antara pelbagai kaum masih sukar untuk dikukuhkan. Hubungan di antara pelbagai suku kaum di Malaysia masih ada jurang yang sangat besar. Dengan itu, konsep Satu Malaysia perlu ditekankan dan diterapkan dalam jati diri masyarakat Malaysia supaya keamanan negara dapat dikekalkan. Sebelum kerajaan ingin melakukan transformasi Satu Malaysia kepada bidang yang lain, sistem ekonomi seharusnya diambil kira dahulu. Ini kerana, berdasarkan sejarah lampau, jurang di antara kaum bermula apabila pihak penjajah melakukan konsep segregasi dalam sistem ekonomi negara. Konsep segrasi itu sendiri merupakan pemisahan atau pengasingan antara satu kumpulan etnik dengan kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah negara.
Walaubagaimanapun, sikap kerajaan untuk melakukan perubahan dalam sistem pentadbiran negara untuk membangunkan dan mengukuhkan institusi perpaduan antara kaum harus dipuji. Bagi mengasilkan sesebuah gagasan dan institusi itu bukannya sesuatu perkara yang mudah. Ia amat sukar untuk dilaksanakan dan usaha kerajaan untuk melakukan transformasi Satu Malaysia dalam sistem pentadbiran negara merupakan satu tindakan yang bijak dan rasional.
Dalam Belanjawan 2010, sebahagiaan daripada usaha kerajaan adalah untuk melaksanakan kaedah perawatan piawai paling tinggi untuk semua rakyat Malaysia. Kerajaan telah mengumumkan penubuhan Klinik 1 Malaysia yang baru di seluruh negara dengan bernilai RM10 juta. Klinik-klinik ini diilhamkan dalam semangat "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" untuk memberikan rawatan kesihatan segera kepada semua rakyat Malaysia di kawasan-kawasan perumahan yang memerlukan perkhidmatan mudah.
Penduduk-penduduk yang tidak berupaya mendapat rawatan daripada klinik swasta sama ada kerana klinik-klinik ini jauh dari tempat tinggal mereka atau kerana perkhidmatan mereka terlalu mahal, kini mereka telah mempunyai alternatif yang praktikal iaitu dengan mendapatkan rawatan di Klinik 1 Malaysia yang menampung lebih daripada perkhidmatan kesihatan yang sedia ada.
Klinik 1 Malaysia ialah klinik masyarakat yang ditempatkan dengan strategiknya dan dibuka setiap hari selama 12 jam dari 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Jururawat-jururawat dan pembantu-pembantu kesihatan yang berkelayakan dengan pengalaman bekerja yang tidak kurang daripada lima tahun akan menyediakan rawatan yang berkualiti dengan hanya berharga RM1 manakala penduduk bukan rakyat Malaysia dikenakan bayaran sebanyak RM15.
Setakat ini Klinik 1 Malaysia begitu masyur sekali tetapi kerajaan tidak akan berpeluk tubuh dengan kejayaan ini. Kerajaan akan terus memantau keberkesanan klinik-klinik ini bagi memastikan keperluan rakyat diuruskan dengan secukupnya. Bagi kerajaan, kepentingan rakyat lebih diutamakan daripada diri mereka sendiri. Itu prinsip bekerja yang diamalkan oleh pihak kerajaan.
Sudah menjadi lumrah, setiap perkara yang dilakukan oleh pihak kerajaan tidak semuanya memuaskan hati semua pihak. Ada segelintir tindakan yang kerajaan lakukan akan mengundang rasa tidak puas hati di kalangan masyarakat. Kebanyakan rakyat tempatan yang tinggal di kawasan luar bandar dan pedalaman meluahkan perasaan kecewa mereka terhadap pihak kerajaan kerana tidak mempunyai inisiatif untuk membina sebuah klinik 1 Malasia di kawan penempatan mereka.
Tindakan kerajaan memilih kawasan-kawasan penempatan untuk didirikan klinik 1 Malaysia secara rawak adalah tidak adil dan sama sekali tidak wajar dilakukan oleh pihak kerajaan. Kerajaan perlu membina klinik 1 Malaysia berdasarkan kawasan yang penduduk mempunyai pendapatan rendah tetapi bukannya di kawasan bandar yang dikelilingi oleh orang yang berkemampuan dan hidup dalam keadaan mewah. Tindakan kerajaan ini menunjukkan kurangnya daya kepekaan kerajaan terhadap sesuatu keadaan yang berkaitan mengenai permasalahan rakyat. Dengan terbinanya klinik 1 Malaysia di kawasan pedalaman dapat meringankan beban masyarakat dan warga tua tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan rawatan di klinik 1 Malaysia.
Kemiskinan adalah salah satu masalah sosial yang terpaksa dihadapi oleh kerajaan. Kadar kemiskinan ini sangat ketara terutamanya di kalangan kaum Bumiputera yang beragama Islam. Justeru, kerajaan telah mengambil langkah-langkah yang perlu dalam menangani masalah ini misalnya dengan penyusunan semula masyarakat. Dalam proses penyusunan semula masyarakat, kerajaan telah mengadakan pelbagai langkah antaranya ialah menambahkan penyertaan Bumiputera dalam perniagaan dan perindustrian. Selain itu, menambahkan pemilikan ekuiti Bumiputera dalam sektor korporat. Contohnya melalui Tabung Haji Negara. akhir sekali membangunkan kawasan luar bandar supaya pembangunannya seiring dengan pembangunan di kawasan bandar. ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ merupakan moto yang sentiasa tersemat di hati pihak kerajaan. Kerajaan diibaratkan seperti lilin yang membakar diri mereka untuk orang lain. Pelbagai corak dan bentuk transformasi telah dilakukan oleh pihak kerajaan semata-mata untuk memastikan matlamat konsep Satu Malaysia tercapai dengan jayanya. Dasar Satu Malaysia mempunyai misi yang sangat besar kepada rakyat Malaysia yang mempunyai masyarakat majmuk. Oleh itu, sokongan padu daripada rakyat amat diperlukan bagi melunaskan impian untuk menjadikan Satu Malaysia sebagai dasar dan panduan untuk kehidupan sejagat.

Kalau saya bukan pelajar UiTM sekarang?

Hidup ini merupakan suatu percaturan antara hidup dan mati. Setiap manusia telah diamanahkan oleh Allah untuk mengemudi kehidupan mereka dengan cara dan kaedah yang tersendiri. Jika dilihat daripada mata kasar, kita pasti dapat melihat dunia ini semakin hari semakin penuh dengan cabaran. Manusia saling bersaing sesama sendiri bagi merebut peluang besar untuk menempuh kehidupan yang penuh ranjau dan duri ini. Sebagai seorang manusia biasa, saya juga mempunyai naluri yang sama seperti manusia di luar sana. Mahukan kejayaan, kesenangan dan kehidupan yang penuh kemewahan. Oleh itu, untuk merebut peluang-peluang keemasan ini saya harus belajar dengan bersungguh-sungguh bagi merealisasikan impian saya. Bagi saya, pelajaran merupakan suatu berlian yang sangat berharga dan tiada tandingan di muka bumi ini. Ilmu tidak boleh dibeli mahupun dijual. Hanya orang yang mencintai ilmu akan berjaya menempuh segala bentuk cabaran bagi memperolehi sesebuah kejayaan. Namun begitu, tidak semua manusia dilahirkan bernasib baik seperti orang lain. Tidak semua orang mampu menjejakkan kaki ke university kerana terdapat pelbagai faktor yang menghalang diri mereka bagi merasai pahit dan manisnya menjadi seorang pelajar universiti. Begitu juga nasib saya jika ditakdirkan UiTM bukan rezeki saya. Cuba bayangkan bagaimana agaknya kehidupan saya jika ditakdirkan saya tidak mendapat tawaran menuntut di Universiti Teknologi Mara(UiTM). Adakah saya sudah berkahwin dan menjadi suri rumah sepenuh masa bagi membesarkan dua orang anak-anak saya atau seorang pereka fesyen terkenal yang mereka pelbagai jenis pakaian untuk orang-orang atasan? Pelbagai andaian bermain di benak otak saya tapi yang pastinya ada satu perkara yang mungkin berlaku jika UiTM bukan di hati saya.
Jam berdering menujukkan pukul 7.30 pagi pada waktu tempatan. Saya terus mencapai tuala dan segera menuju ke bilik mandi bagi menyegarkan badan. Dengan kelam kabut saya terus menyarungkan sepasang baju kemeja putih yang bersulamkan bunga oren kecil itu ke badan saya. “Wah bergaya jugak aku hari ini”, bisik hati kecil saya. Selepas selesai melengkapkan diri, saya terus mencapai kunci kereta kepunyaan saya dan terus menuju ke kereta BMW hitam saya itu. Setiap kali saya keluar dari rumah, orang di sekeliling rumah saya pasti akan memandang serong kepada saya. Al- maklumlah, siapa yang akan percaya gadis yang masih berumur 24 tahun sudah memiliki sebuah kereta mewah yang sering kali menjalar di halaman rumah meraka. ‘Biarkan sahaja mulut manusia. Mulut manusia tiada siapa yang boleh menutupnya’, itu moto hidup saya. Hanya dengan sekuntum senyuman saya hulurkan kepada jiran-jiran saya itu. Bagi saya cara yang paling berkesan untuk menutup mulut orang ialah berbuat baik kepada mereka dan mengangap segala tohmahan orang seperti pembakar semangat kepada diri sendiri. Segala fitnah yang dilemparkan kepada diri saya, saya mengangap seperti tiada apa-apa yang berlaku. Ini merupakan antara cara yang paling berkesan bagi mengelak daripada terus- terusan dilemparkan dengan pelbagai tuduhan dan fitnah. Pada pagi yang hening itu saya terus memecut laju kereta saya pergi meninggalkan seribu satu tanda tanya dalam kepala jiran-jiran saya. Dalam perjalanan untuk menuju ke destinasi yang dituju, mulut saya sentiasa terkumat-kamit menyebut kalimah Allah agar perjalanan saya itu dirahmatiNya. Selama satu jam memandu kereta akhirnya saya berjaya sampai ke pejabat saya. Dengan megahnya saya menuju ke arah sebuah pejabat milik saya sendiri yang namanya tertera ‘Penyiasat Persendirian Shahira Shariff’. Berkat usaha saya dengan bantuan daripada kenalan rapat saya hanya memakan masa selama empat tahun akhirnya sebuah pejabat persendirian yang saya impikan selama ini telah menjadi kenyataan. Pejabat ini dibina semata-mata bagi membantu rakyat Malaysia yang selalu dihimpit kesusahan yang membabitkan jenayah. Saya merupakan antara orang yang bertanggungjawab untuk memelihara keamanan negara ini.
‘Kring kring kring’, panggilan telefon di pejabat saya berbunyi. Suara seorang wanita berusia kedengaran di corong telefon. Suara sayu wanita itu sudah cukup membuatkan hati saya hiba. Wanita itu menceritakan segala-galanya yang terjadi kepadanya. Saya mendengar dengan tekun sekali. Hanya perkataan ‘ya, puan’ yang keluar dari mulut saya sepanjang perbulan kami di dalam talian telefon. Wanita ini yang diberi nama Tengku Azharina Tengku Ahmad Zain telah kehilangan seorang anak lelaki yang masih kecil lagi. Puan Azharina, panggilan yang diberikan kepada saya telah menceritakan kepada saya bahawa anaknya itu tidak pasti sama ada diculik atau hilang di sekeliling kawasan rumah. Tanapa berfikir panjang saya terus menerima permintaannya untuk membantunya mencari anak kesayangannya itu. Saya sedia membantunya kerana sudah terang lagi bersuluh tugas saya ialah memerangi keganasan dan kebahagiaan pasti menjadi milik pelanggan yang saya kasihi. Puan Azharina telah mengalami tekanan jiwa kerana anaknya yang disayangi telah hilang di bawah penjagaan pembantu rumahnya ketika dia bekerja. Simpati sungguh saya terhadap wanita itu dan saya dapat merasakn gelora hatinya sekarang. Saya tahu dia pasti sedang berusaha melawan perasaan resah dan gusarnya bagi menghadapi berita kehilangan anaknya itu. Katanya sudah hampir tiga hari anaknya yang dikandung sembilan bulan itu hilang dari mata kepalanya. Dia sudah membuat laporan di balai polis tapi malangnya sampai sekarang pihak polis masih tidak berjaya menemui anaknya itu. Secara kebetulan dia membelek surat khabar, dia terbaca keratan akhbar yang menceritakan mengenai profil diri saya yang telah berjaya membantu menyelesaikan masalah orang ramai. Oleh itu, dia memilih untuk meminta bantuan daripada saya. Saya senantiasa sudi menerima apa jua bantuan yang diperlukan oleh orang ramai. Janji saya kepada diri saya bahawa saya akan terus menghulurkan bantuan sebanyak yang mungkin kepada mereka yang memerlukan. Dengan semangat yang berkobar-kobar saya berjanji kepada diri saya sendiri yang saya akan berusaha untuk mencari anak malang itu. Saya pasti misi saya ini akan berhasil seperti yang sebelumnya.
Misi harus diteruskan, bersama-sama dengan harapan Puan Azharina, saya bersama-sama dengan tiga orang rakan-rakan saya telah pergi menampal poster yang menerangkan butir-butir peibadi mengenai anak Puan Azharina. Gambar terbaru anaknya itu turut diletakkan dalam poster itu bagi memastikan bahawa orang ramai dapat mengecam wajah kanak-kanak ini yang bernama Tengku Arine Aizeq bin Tengku Alam Shah. Arine merupakan anak tunggal dalam keluarganya. Dia berusia lima tahun. Kanak-kanak ini telah hilang di kawasan perumahan ibu bapanya di Damansara Height. Dia dikenalpasti hilang dalam pukul dua tengah hari pada hari Rabu iatu ketika waktu bekerja. Arine yang dibiarkan bermain bersendirian di halaman rumah lenyap selepas pembantu rumahnya menyedari bahawa dia sudah tiada di kawasan perumahan mewah itu. Selepas menyedari kehilangan Arine, pembantu rumah terus menelefon Tengku Azharina iatu majikan pembantu itu dan ibu kepada kanak-kanak yang hilang itu. Siapa yang harus dipersalahkan? Adakah ibu bapa kerana sibuk dengan tugasan kerja masing-masing sehingga semua tanggungjawab di rumah dilepaskan begitu sahaja? Tepuk dada tanya selera tetapi persoalan itu yang sering kali bermain di minda saya.
Kemudian tanpa ditemani rakan-rakan saya, saya pergi meronda di sekeliling kawasan perumahan itu. Tanpa disedari saya ternampak kelibat seorang wanita sambil mengendong kanak-kanak kecil yang agak biasa dalam pengamatan saya. Tanpa berlengah lagi, saya terus menghampiri wanita itu dan saya terus bertanyakan kepadanya sama ada anak yang dikendongnya itu adakah anaknya atau pun tidak. Wanita itu menggelengkan kepala dan menyatakan bahawa anak itu adalah kanak-kanak yang telah dijumpai di kawasan perumahan ini beberapa hari yang lalu. Dengan kata-kata yang penuh diplomasi, saya menerangkan kepada wanita itu bahawasanya keluarga kanak-kanak itu sedang menunggu kepulangan kanak-kanak ini sambil tangan saya menunjukkan poster yang tertera gambar Arine sebagai bukti. Tanpa ragu-ragu wanita itu terus memberikan Arine ke dakapan saya. Saya terus memecut laju kereta saya menuju ke kawasan perumahan keluarga Arine yang pasti tertunggu-tunggu kepulangannya. Setiba sahaja saya di kediaman keluarga Tengku Azharina bersama-sama dengan kanak-kanak comel ini telah mengundang seribu satu kegembiraan kepada seluruh ahli keluarga mereka yang sebelum ini kelihatan sangat sugul. Selepas 30 minit berada di rumah mereka, saya meminta diri untuk pulang dan seluruh keluarga Tengku Azharina mengucapkan ucapan terima kasih berkali-kali. Akhirnya misi saya berjaya lagi. Saya begitu gembira sekali kerana dapat menghulurkan sedikit bantuan kepada orang yang memerlukan. Bagi saya nikmat melakukan sesuatu perkara baik tiada tandingan. Saya dapat merasakan sebuah kebahagiaan yang sukar untuk diungkapkan.
Setelah berjaya menyelesaikan misi ini, saya telah mengambil keputusan untuk bercuti seketika selama 2 bulan bagi meringankan beban fikiran saya. Inilah rutin harian saya setiap kali selesai tugasan saya. Saya akan pergi melancong di kawasan Eropah bagi melihat sendiri keadaan dunia luar. Di samping itu, melancong dapat meluaskan lagi pengetahuan saya mengenai kehidupan ini. Selama 2 bulan ini saya telah berjaya melancong ke Brisbane, Sydney, Melbourne dan seluruh United Kingdom. Pengalaman melancong selama 2 bulan ini sangat mengujakan saya dan saya pulang kembali ke Malaysia dengan semangat baru bagi membantu anak-anak Malaysia yang menginginkan pertolongan dari saya.
Tapi itu semua hanyalah angan-angan dan impian saya jika saya tidak berada di UiTM sekarang. Kini saya berada di alam realiti. Saya seharusnya berpijak di bumi yang nyata. Masih terbayang- terbayang di fikiran saya, saat-saat saya masih kanak-kanak kecil yang tidak terlalu arif mengenai erti kehidupan ini. Saya sering kali melihat ayah saya yang merupakan orang yang paling rapat dalam hidup saya sangat begitu gigiih menghadap komputer sambil jari-jarinya pantas menaip papan kekuci di komputer itu. Sering kali saya bertanyakan kepada ayah saya perihal tingkah lakunya itu. “Shira, babah berkerja sayang, demi masa depan kita yang lebih cerah”, hanya itu jawapan yang selalu diberikannya kepada saya. Semakin hari saya semakin dewasa, saya semakin yakin dengan langkap hidup saya. Apabila usia saya semakin meningkat, saya mula mengerti erti sebenar tugasan ayah saya selama ini. Rupa-rupanya ayah saya merupakan seorang penulis yang gigih mengejar cita-citanya. Maka tidak hairanlah setiap malam ayah saya sanggup bersengkang mata di depan komputer semata-mata ingin menyiapkan tugasannya itu.
Melihat kesungguhannya yang tidak pernah kenal erti penat, akhirnya saya menyimpan impian yang besar untuk mengikut jejak langkahnya. Saya ingin menjadi seorang penulis seperti ayah saya agar saya mampu memberikan sinar kebahagiaan kepada ayah dan keluarga saya. Oleh itu, saya berusaha dengan lebih gigih dan akhirnya UiTM menjadi tempat untuk saya menuntut ilmu bagi memastikan impian saya untuk menjadi penulis yang berjaya. Misi saya yang sebenarnya adalah di sini iaitu di bumi Shah Alam. Saya telah diciptakan untuk menjadi seorang penulis atau wartawan dan bukannya seorang penyiasat persendirian. Saya bersyukur dengan ketetapanNya. Setiap apa yang diberikanNya adalah yang terbaik untuk kita. Suatu hari nanti saya pasti akan menjadi seorang wartawan yang juga akan membantu orang lain sama seperti penyiasat persendirian. ‘Di mana ada kemahuaan di situ ada jalannya’, moto hidup diri ini akan sentiasa tersemat di dalam hati saya bagi menjadi seorang graduan UiTM yang berjaya merealisasikan impiannya. Itu janji saya.

management, communcation research,feature writing, online jurnalism

wow.....................amazing...life is a gamble, shera...i have to face a lot of assignment on my eid day...congratulation, shera....this is your choice...and u are deserve it dear.....i hate homework...i hate chores..i hate stress...i hate everything that make me to think....i hate u, critical thinking...huhuhuh.....i hate rules...i hate regulations....com research???how can i solve u hah?i don't have any idea how to finish my comm research.ho to make methodology?how to make questionnaire...haish....its too complicated k....huhuhuhu.....online jurn???after holiday, i have to sit online jurn exam...hahahaha....lazy woman have to be extra hadrworking person...lalalalala....
ehhh...shera....why u look so terrible...u have to create ur own hapiness...everything can be solved...don't worry dear...create ur own happiness...always think positive...insyaallah everything will go smoothly...