Isnin, 6 September 2010

Kalau saya bukan pelajar UiTM sekarang?

Hidup ini merupakan suatu percaturan antara hidup dan mati. Setiap manusia telah diamanahkan oleh Allah untuk mengemudi kehidupan mereka dengan cara dan kaedah yang tersendiri. Jika dilihat daripada mata kasar, kita pasti dapat melihat dunia ini semakin hari semakin penuh dengan cabaran. Manusia saling bersaing sesama sendiri bagi merebut peluang besar untuk menempuh kehidupan yang penuh ranjau dan duri ini. Sebagai seorang manusia biasa, saya juga mempunyai naluri yang sama seperti manusia di luar sana. Mahukan kejayaan, kesenangan dan kehidupan yang penuh kemewahan. Oleh itu, untuk merebut peluang-peluang keemasan ini saya harus belajar dengan bersungguh-sungguh bagi merealisasikan impian saya. Bagi saya, pelajaran merupakan suatu berlian yang sangat berharga dan tiada tandingan di muka bumi ini. Ilmu tidak boleh dibeli mahupun dijual. Hanya orang yang mencintai ilmu akan berjaya menempuh segala bentuk cabaran bagi memperolehi sesebuah kejayaan. Namun begitu, tidak semua manusia dilahirkan bernasib baik seperti orang lain. Tidak semua orang mampu menjejakkan kaki ke university kerana terdapat pelbagai faktor yang menghalang diri mereka bagi merasai pahit dan manisnya menjadi seorang pelajar universiti. Begitu juga nasib saya jika ditakdirkan UiTM bukan rezeki saya. Cuba bayangkan bagaimana agaknya kehidupan saya jika ditakdirkan saya tidak mendapat tawaran menuntut di Universiti Teknologi Mara(UiTM). Adakah saya sudah berkahwin dan menjadi suri rumah sepenuh masa bagi membesarkan dua orang anak-anak saya atau seorang pereka fesyen terkenal yang mereka pelbagai jenis pakaian untuk orang-orang atasan? Pelbagai andaian bermain di benak otak saya tapi yang pastinya ada satu perkara yang mungkin berlaku jika UiTM bukan di hati saya.
Jam berdering menujukkan pukul 7.30 pagi pada waktu tempatan. Saya terus mencapai tuala dan segera menuju ke bilik mandi bagi menyegarkan badan. Dengan kelam kabut saya terus menyarungkan sepasang baju kemeja putih yang bersulamkan bunga oren kecil itu ke badan saya. “Wah bergaya jugak aku hari ini”, bisik hati kecil saya. Selepas selesai melengkapkan diri, saya terus mencapai kunci kereta kepunyaan saya dan terus menuju ke kereta BMW hitam saya itu. Setiap kali saya keluar dari rumah, orang di sekeliling rumah saya pasti akan memandang serong kepada saya. Al- maklumlah, siapa yang akan percaya gadis yang masih berumur 24 tahun sudah memiliki sebuah kereta mewah yang sering kali menjalar di halaman rumah meraka. ‘Biarkan sahaja mulut manusia. Mulut manusia tiada siapa yang boleh menutupnya’, itu moto hidup saya. Hanya dengan sekuntum senyuman saya hulurkan kepada jiran-jiran saya itu. Bagi saya cara yang paling berkesan untuk menutup mulut orang ialah berbuat baik kepada mereka dan mengangap segala tohmahan orang seperti pembakar semangat kepada diri sendiri. Segala fitnah yang dilemparkan kepada diri saya, saya mengangap seperti tiada apa-apa yang berlaku. Ini merupakan antara cara yang paling berkesan bagi mengelak daripada terus- terusan dilemparkan dengan pelbagai tuduhan dan fitnah. Pada pagi yang hening itu saya terus memecut laju kereta saya pergi meninggalkan seribu satu tanda tanya dalam kepala jiran-jiran saya. Dalam perjalanan untuk menuju ke destinasi yang dituju, mulut saya sentiasa terkumat-kamit menyebut kalimah Allah agar perjalanan saya itu dirahmatiNya. Selama satu jam memandu kereta akhirnya saya berjaya sampai ke pejabat saya. Dengan megahnya saya menuju ke arah sebuah pejabat milik saya sendiri yang namanya tertera ‘Penyiasat Persendirian Shahira Shariff’. Berkat usaha saya dengan bantuan daripada kenalan rapat saya hanya memakan masa selama empat tahun akhirnya sebuah pejabat persendirian yang saya impikan selama ini telah menjadi kenyataan. Pejabat ini dibina semata-mata bagi membantu rakyat Malaysia yang selalu dihimpit kesusahan yang membabitkan jenayah. Saya merupakan antara orang yang bertanggungjawab untuk memelihara keamanan negara ini.
‘Kring kring kring’, panggilan telefon di pejabat saya berbunyi. Suara seorang wanita berusia kedengaran di corong telefon. Suara sayu wanita itu sudah cukup membuatkan hati saya hiba. Wanita itu menceritakan segala-galanya yang terjadi kepadanya. Saya mendengar dengan tekun sekali. Hanya perkataan ‘ya, puan’ yang keluar dari mulut saya sepanjang perbulan kami di dalam talian telefon. Wanita ini yang diberi nama Tengku Azharina Tengku Ahmad Zain telah kehilangan seorang anak lelaki yang masih kecil lagi. Puan Azharina, panggilan yang diberikan kepada saya telah menceritakan kepada saya bahawa anaknya itu tidak pasti sama ada diculik atau hilang di sekeliling kawasan rumah. Tanapa berfikir panjang saya terus menerima permintaannya untuk membantunya mencari anak kesayangannya itu. Saya sedia membantunya kerana sudah terang lagi bersuluh tugas saya ialah memerangi keganasan dan kebahagiaan pasti menjadi milik pelanggan yang saya kasihi. Puan Azharina telah mengalami tekanan jiwa kerana anaknya yang disayangi telah hilang di bawah penjagaan pembantu rumahnya ketika dia bekerja. Simpati sungguh saya terhadap wanita itu dan saya dapat merasakn gelora hatinya sekarang. Saya tahu dia pasti sedang berusaha melawan perasaan resah dan gusarnya bagi menghadapi berita kehilangan anaknya itu. Katanya sudah hampir tiga hari anaknya yang dikandung sembilan bulan itu hilang dari mata kepalanya. Dia sudah membuat laporan di balai polis tapi malangnya sampai sekarang pihak polis masih tidak berjaya menemui anaknya itu. Secara kebetulan dia membelek surat khabar, dia terbaca keratan akhbar yang menceritakan mengenai profil diri saya yang telah berjaya membantu menyelesaikan masalah orang ramai. Oleh itu, dia memilih untuk meminta bantuan daripada saya. Saya senantiasa sudi menerima apa jua bantuan yang diperlukan oleh orang ramai. Janji saya kepada diri saya bahawa saya akan terus menghulurkan bantuan sebanyak yang mungkin kepada mereka yang memerlukan. Dengan semangat yang berkobar-kobar saya berjanji kepada diri saya sendiri yang saya akan berusaha untuk mencari anak malang itu. Saya pasti misi saya ini akan berhasil seperti yang sebelumnya.
Misi harus diteruskan, bersama-sama dengan harapan Puan Azharina, saya bersama-sama dengan tiga orang rakan-rakan saya telah pergi menampal poster yang menerangkan butir-butir peibadi mengenai anak Puan Azharina. Gambar terbaru anaknya itu turut diletakkan dalam poster itu bagi memastikan bahawa orang ramai dapat mengecam wajah kanak-kanak ini yang bernama Tengku Arine Aizeq bin Tengku Alam Shah. Arine merupakan anak tunggal dalam keluarganya. Dia berusia lima tahun. Kanak-kanak ini telah hilang di kawasan perumahan ibu bapanya di Damansara Height. Dia dikenalpasti hilang dalam pukul dua tengah hari pada hari Rabu iatu ketika waktu bekerja. Arine yang dibiarkan bermain bersendirian di halaman rumah lenyap selepas pembantu rumahnya menyedari bahawa dia sudah tiada di kawasan perumahan mewah itu. Selepas menyedari kehilangan Arine, pembantu rumah terus menelefon Tengku Azharina iatu majikan pembantu itu dan ibu kepada kanak-kanak yang hilang itu. Siapa yang harus dipersalahkan? Adakah ibu bapa kerana sibuk dengan tugasan kerja masing-masing sehingga semua tanggungjawab di rumah dilepaskan begitu sahaja? Tepuk dada tanya selera tetapi persoalan itu yang sering kali bermain di minda saya.
Kemudian tanpa ditemani rakan-rakan saya, saya pergi meronda di sekeliling kawasan perumahan itu. Tanpa disedari saya ternampak kelibat seorang wanita sambil mengendong kanak-kanak kecil yang agak biasa dalam pengamatan saya. Tanpa berlengah lagi, saya terus menghampiri wanita itu dan saya terus bertanyakan kepadanya sama ada anak yang dikendongnya itu adakah anaknya atau pun tidak. Wanita itu menggelengkan kepala dan menyatakan bahawa anak itu adalah kanak-kanak yang telah dijumpai di kawasan perumahan ini beberapa hari yang lalu. Dengan kata-kata yang penuh diplomasi, saya menerangkan kepada wanita itu bahawasanya keluarga kanak-kanak itu sedang menunggu kepulangan kanak-kanak ini sambil tangan saya menunjukkan poster yang tertera gambar Arine sebagai bukti. Tanpa ragu-ragu wanita itu terus memberikan Arine ke dakapan saya. Saya terus memecut laju kereta saya menuju ke kawasan perumahan keluarga Arine yang pasti tertunggu-tunggu kepulangannya. Setiba sahaja saya di kediaman keluarga Tengku Azharina bersama-sama dengan kanak-kanak comel ini telah mengundang seribu satu kegembiraan kepada seluruh ahli keluarga mereka yang sebelum ini kelihatan sangat sugul. Selepas 30 minit berada di rumah mereka, saya meminta diri untuk pulang dan seluruh keluarga Tengku Azharina mengucapkan ucapan terima kasih berkali-kali. Akhirnya misi saya berjaya lagi. Saya begitu gembira sekali kerana dapat menghulurkan sedikit bantuan kepada orang yang memerlukan. Bagi saya nikmat melakukan sesuatu perkara baik tiada tandingan. Saya dapat merasakan sebuah kebahagiaan yang sukar untuk diungkapkan.
Setelah berjaya menyelesaikan misi ini, saya telah mengambil keputusan untuk bercuti seketika selama 2 bulan bagi meringankan beban fikiran saya. Inilah rutin harian saya setiap kali selesai tugasan saya. Saya akan pergi melancong di kawasan Eropah bagi melihat sendiri keadaan dunia luar. Di samping itu, melancong dapat meluaskan lagi pengetahuan saya mengenai kehidupan ini. Selama 2 bulan ini saya telah berjaya melancong ke Brisbane, Sydney, Melbourne dan seluruh United Kingdom. Pengalaman melancong selama 2 bulan ini sangat mengujakan saya dan saya pulang kembali ke Malaysia dengan semangat baru bagi membantu anak-anak Malaysia yang menginginkan pertolongan dari saya.
Tapi itu semua hanyalah angan-angan dan impian saya jika saya tidak berada di UiTM sekarang. Kini saya berada di alam realiti. Saya seharusnya berpijak di bumi yang nyata. Masih terbayang- terbayang di fikiran saya, saat-saat saya masih kanak-kanak kecil yang tidak terlalu arif mengenai erti kehidupan ini. Saya sering kali melihat ayah saya yang merupakan orang yang paling rapat dalam hidup saya sangat begitu gigiih menghadap komputer sambil jari-jarinya pantas menaip papan kekuci di komputer itu. Sering kali saya bertanyakan kepada ayah saya perihal tingkah lakunya itu. “Shira, babah berkerja sayang, demi masa depan kita yang lebih cerah”, hanya itu jawapan yang selalu diberikannya kepada saya. Semakin hari saya semakin dewasa, saya semakin yakin dengan langkap hidup saya. Apabila usia saya semakin meningkat, saya mula mengerti erti sebenar tugasan ayah saya selama ini. Rupa-rupanya ayah saya merupakan seorang penulis yang gigih mengejar cita-citanya. Maka tidak hairanlah setiap malam ayah saya sanggup bersengkang mata di depan komputer semata-mata ingin menyiapkan tugasannya itu.
Melihat kesungguhannya yang tidak pernah kenal erti penat, akhirnya saya menyimpan impian yang besar untuk mengikut jejak langkahnya. Saya ingin menjadi seorang penulis seperti ayah saya agar saya mampu memberikan sinar kebahagiaan kepada ayah dan keluarga saya. Oleh itu, saya berusaha dengan lebih gigih dan akhirnya UiTM menjadi tempat untuk saya menuntut ilmu bagi memastikan impian saya untuk menjadi penulis yang berjaya. Misi saya yang sebenarnya adalah di sini iaitu di bumi Shah Alam. Saya telah diciptakan untuk menjadi seorang penulis atau wartawan dan bukannya seorang penyiasat persendirian. Saya bersyukur dengan ketetapanNya. Setiap apa yang diberikanNya adalah yang terbaik untuk kita. Suatu hari nanti saya pasti akan menjadi seorang wartawan yang juga akan membantu orang lain sama seperti penyiasat persendirian. ‘Di mana ada kemahuaan di situ ada jalannya’, moto hidup diri ini akan sentiasa tersemat di dalam hati saya bagi menjadi seorang graduan UiTM yang berjaya merealisasikan impiannya. Itu janji saya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan