Jumaat, 14 Januari 2011

Amanat Tun Mahathir: Perpaduan Asas Pembanguna Ummah...

Pada 6 Januari yang lalu...Mantan Perdana Menteri kita, Tun Mahathir telah meluangkan masanya untuk berkongsi pengalamannya yang sudah mencecah separuh abad itu kepada semua pelajar UiTM Shah Alam.Banyak nasihat dan kata-katanya yang menyentuh naluri saya sendiri sebagai seorang anak Melayu...Hati saya betul-betul tersentuh apabila Tun menyatakan bahawa betapa peritnya menjadi seorang anak Melayu.Melalui ucapan beliau, beliau berkata perpaduan lebih baik daripada berpecah belah. Apabila kita berpecah belah, kita boleh hilang kemerdekaan. Perpaduan begitu penting kepada diri kita. Perpaduan yang memberi kekuatan walaupun kepada orang yang lemah. Beliau juga mengingatkan kembali detik-detik awal sebelum negara kita mengecapi kemerdekaan. Katanya, perpaduan orang Melayulah yang menyebabkan cadangan Malayan Union dapat ditentang. Pada masa itu, kita daif, tidak mempunyai pemimpin yang berani tidak sama seperti Indonesia yang mempunyai Soekarno manakala British mempunyai senjata yang hebat-hebat belaka. Kita bukan menjadi orang Melayu pada masa itu tetapi rakyat Sultan di negeri masing-masing. Kita juga tidak dianggap sebagai warga Malaya. Jika kita tidak bersatu, kemungkinan pada masa itu Malayan Union akan menjadi kenyataan.Kesedaran tentang kelemahan inilah yang menyebabkan orang Melayu mula menyatukan semua orang Melayu di semua negeri. Setelah kita berpecah, kita tidak akan mempunyai apa-apa kekuatan. Bantahan daripada sultan-sultan dan raja-raja juga tidak membawa apa-apa makna. Jumlah orang Melayu pada masa itu, mencecah setengah bilion daripada 5 bilion berkumpul di Kuala Lumpur pada bulan Mei 1946. Maka dengan itu, Malayan Union gagal. Ini semuanya kerana perpaduan dalam diri orang Melayu. Alat senjata orang Melayu pada masa itu adalah perpaduan yang jitu. British terpaksa menggugurkan Malayan Union dan mengubah menjadi Persekutuan Tanah Melayu.Segala kuasa raja telah dikembalikan. Semenanjung Malaysia menjadi milik orang Melayu. Negeri-negeri Melayu adalah milik orang Melayu.
Namun begitu, apabila kita kembali ke zaman sekarang, segalanya berubah. Tun menyatakan kekesalannya apabila melihat nasib orang Melayu sekarang. Kini, orang Melayu telah dibahagikan kepada tiga pihak. (UMNO, PAS dan PKR). Apabila kita bertelingkah sesama sendiri, kita akan gagal. Bayangkan jika suatu hari nanti, negara kita ditadbir oleh orang bukan Melayu, siapa yang mahu menjaga kebajikan negara?Bayangkan juga jika Malayan Union tidak ditentang, sudah tentu nasib orang Melayu dipijak-pijak. Tiada Mara dan juga tiada UiTM. Kita juga cuba bayangkan jika sekarang kita belum merdeka dan kita ingin menuntut kemerdekaan dengan orang Melayu berpecah kepada 3 pasukan.Apakah corak pemerintahan yang kita dapati? Sudah tentu kita tidak akan dapat tempat walaupun kita menjadi puak majoriti kerana kita tidak bersatu. Sebab itulah perpaduan amat penting. Dalam keadaan kita yang berpecah sekarang, kedudukan kita akan terhakis sedikit demi sedikit. Jika kita dapat lihat, masalah orang Melayu sekarang adalah perkauman. Orang bukan Melayu harus ingat, budi yang dikenang harus dihargai. Apabila mereka cuba memecah belahkan orang Melayu, ada besar kemungkinan orang Melayu akan hilang kuasa. Ini bukan satu khayalan tetapi perkara yang benar. Beliau menyatakan kekhuatirannya jikalau orang Melayu tidak sedar, mungkin pemimpin-pemimpin orang Melayu tidak akan dapat berada di atas pentas. Orang Melayu akan menjadi puak yang tertindas.Fikir-fikirkan lah dan marilah kita renungkan bersama.
Terima Kasih Tun dengan segala ucapan yang benar-benar menyentuh hati saya. Banyak lagi ucapan beliau yang tidak sempat saya nak tulis. Tapi apa yang saya dapat daripada amanat beliau ialah kita harus bangga menjadi anak orang Melayu.Sudah tiba masanya semua orang Melayu bersatu padu. Tiada guna kita menyalahkan antara satu sama lain. Jika kita sayangkan Malaysia, kita imbas kembali zaman2 dahulu di mana negara kita terutama orang Melayu ditindas oleh puak2 yang lain. Hanya perpaduan sebagai senjata yang paling hebat untuk membantu orang yang lemah.

Think positif??hahahaha

Kerja menggunung...sampai tak tahu yang mana satu nak buat....mid break dah nak dekat tapi interview banyak lagi belum setle...inilah bayaran yang aku harus bayar untuk jadi wartawan.kerja menggunung sampai tak ada masa nak fikir benda lain..hari ni, aku nak setle kan interview aku...nak kena cari buku....so please shera...kawal kemarahan kau...jangan nak marah2 je..x elok...cuba think positif k...think positif???hahahahaha...kadang2 aku rasa bila nafsu amarah tu datang, memang tak ada makna nak fikir positif...awal2 pagi aku dah mengamuk tadi sebab barang aku hilang...kesian mak aku sebab aku tertinggikan suara....aku memang pantang barang2 aku hilang sebab aku dah letak kat satu tempat yang memudahkan aku nak cari...bila orang alih, memang aku mengamuk...tapi perangai macam tu memang x elok...memang kena berubah lah...sampai bila nak jadi orang yang tak tahu sabar...huhuhuh....dr.Zabedah selalu kata think positive...to be a good journalist, the most important thing is think positive...if people do something that can test your patience, just smile...lama-lama orang yang buat kita sakit hati akan baik dengan kita......insyaallah, aku try berubah....:)