Rabu, 8 Disember 2010

cinta yang hakiki

ya Allah, tenangnya yang aku rasa sekarang. setelah sekian lama aku menghirup udara UiTM Shah Alam yang dah tercemar tu...baru dua tiga hari ni aku dapat merasakan nikmatnya hidup sebagai seorang insan yang bernama nur shahira abdul shariff. manisnya apabila kita dapat merasakan sesebuah kebahagian dan ketenangan yang tidak mampu dibeli dengan wang ringgit.sukar untuk ku gambarkan perasaan aku sekarang. tapi yang jelas dan nyata, awal muharram ini membawa seribu satu kebahagiaan dan kenikmatan yang tak pernah aku miliki sebelum ini.
kesukaran di Shah Alam telah mampu aku tepis.aku semakin berani dan tenang melangkah hari-hari yang seterusnya..Alhamdulilah. sesungguhnya cinta kepadaMu membawa rahmat yang besar daripada mencintai sesama manusia. ya Allah, terima kasih ya Allah kerana kau berikan aku satu kesedaran betapa cara hidup Islam itu mampu mengubah kehidupan sesorang itu menjadi lebih lebih lebih baik dan maju daripada yang sebelumnya. terima kasih ya Allah kerana Kau masih sayang kepadaku. terima kasih ya Allah kerana kau berikan aku merasa hari-hari sebelumku ini diulit dengan mimpi2 mengenai kebesaranMu dan musibah jika aku melakukan perkara yang dilarangMu. terima kasih ya Allah....terlalu banyak perkara yang menimpa diriku sebelum ini yang mampu menyedarkanku betapa jauhnya aku daripadaMu ya Allah. terima kasih kerana kau berikan hidayah dan petunjuk kepadaku. terima kasih ya Allah kerana Kau sedarkan aku betapa cintaMu merupakan cinta hakiki dan ia sama sekali tidak setanding dengan mana-mana cinta yang lain. sesungguhnya CintaMu membuatkan hari-hariku penuh bermakna dan beerti. semoga segala nikmat yang aku perolehi hari ini kekal sehingga hari-hari yang seterusnya....amiiiin:)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan