Isnin, 6 Disember 2010

betul gak pe Dr Asri ni cakap....

Istilah ketuanan Melayu adalah berbeza dengan hak keistimewaan Melayu kerana bukan semua yang dapat keistimewaan itu lebih mulia atau tinggi dari orang lain, kata mantan mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

NONE“Mungkin seseorang diberikan keistimewaan disebabkan faktor kekurangannya ataupun kelebihannya. Maka, perkataan 'keistimewaan' tidak boleh disamakan dengan ketuanan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar.

Menurut Mohd Asri, jika seseorang menganggap dirinya lebih mulia disebabkan faktor keturunan atau bangsanya semata-mata, atau orang lain lebih rendah dari dirinya kerana tidak berbangsa sepertinya, maka itu adalah iktikad yang salah dan menyanggahi ajaran Islam.

Bangsa terpilih

“Jika itu berlaku, ia boleh menyamai dakwaan Yahudi bahawa mereka 'bangsa terpilih' (chosen race). Kebanggaan yang seperti ini ditolak oleh Islam,” katanya.

Mohd Asri berkata istilah ketuanan Melayu adalah istilah yang kabur yang tidak mempunyai pentakrifan khusus.

NONEKatanya, jika merujuk kepada perkataan 'ketuanan Melayu', ia adalah dari akar perkataan 'tuan' kepada ketuanan dan digabungkan dengan 'Melayu'. Ini, katanya membawa bermaksud orang Melayu berada dalam status 'tuan' atau dalam bahasa Arab disebut siyadah (supremacy).

“Jika merujuk kepada bahasa bererti orang Melayu sentiasa berada di atas, lebih tinggi dan mulia kedudukannya dibandingkan dengan orang bukan Melayu. Jika hendak ditakrifkan maka bererti kedudukan orang Melayu sebagai bangsa yang lebih tinggi dan mulia”, katanya.

Justeru, menurut beliau adalah pelik untuk mana-mana pihak cuba mempertahankan ungkapan yang kabur dan tidak tentu maksudnya ini.

Dipandang mulia

“Sesuatu bangsa jika mahu dipandang mulia, hendaklah membuktikan kemuliaan itu dalam realiti kehidupan mereka. Melayu, atau selain Melayu boleh menjadi mulia dengan usaha ke arah kemuliaan, bukan sekadar bergantung kepada keturunan atau atas nama bangsa semata.

amin iskandar article 291008 merdekaMemetik Surah al-Hujurat: 13, Mohd Asri berkata ayat itu menjelaskan bahawa kemuliaan insan adalah disebabkan nilai keperibadiannya; iaitu iman dan akhlak yang mulia yang diistilahkan sebagai taqwa.

Katanya, prinsip Islam dalam menilai manusia, bukan berdasarkan warna kulit dan keturunan, tetapi berasaskan nilai kebaikan yang ada pada seseorang insan.

Beliau memetik hadis Nabi Muhammad SAW: “Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang arab ke atas 'ajam (yang bukan arab), atau 'ajam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai Hasan oleh al-Albani)”.

Katanya lagi, hujah bahawa ketuanan Melayu adalah tidak relevan berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW: “Sekalipun jika memerintah kamu seorang hamba habsyi, jika dia memimpin kamu dengan Kitab Allah, maka dengar dan taatlah (Riwayat Muslim)”.

pkr congress 281110 wan azizahIsu ketuanan Melayu menjadi hanta apabila Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada kongres parti itu minggu lalu mencadangkan konsep itu diketepikan jika bangsa Melayu ingin ke depan.

Kenyataannya itu menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pemimpik kerajaan BN dan juga pertubuhan bukan kerajaan Melayu, khususnya PERKASA yang melabelkan Wan Azizah sebagai 'pelacur politik'.
(thank you abul juyahir for the info)

mungkin perkataan ketuanan melayu tuu patot lah tukar kalau tak nak nampak sangat macam takbur dan riakkan?katanya lah kan.......mungkin boleh tukar menjadi hak keistimewaan orang melayu...inilah masalah orang melayu, selalu sangat skeptikal...kadang2 setiap satu perkataan dijadikan isu....apa2 perkataan yang tak kena pada cita rasa mereka akan dikaitkan dengan yahudi..baru-baru ni ak dengar Upin Ipin tu antara produk yang menyokong yahudi sebabkan perkataan U yang membawa maksud USA dan I ialah Israel...seorang kawan aku, selalu sangat cakap pasal yahudi...katanya Najib penyokong kuat Yahudi...Ya Allah, fitnah tu kan dah dosa...cukup2 lah menabur fitnah..kalau siasat tak apa ni serkap jarang je..semoga Allah membuka pintu hati sahabatku itu..amiin...berbalik kepada isu kita ni...kita semua tahukan Allah itu Maha Mengetahui..Dia tahu niat dan isi hati kita...isunya sekarang, mengikut sejarah perlembagaan, Melayu mempunyai hak istimewa daripada bangsa2 yang lain..Mengikut undang2 Perlembagaan..saya ulang, mengikut undang2 Perlembagaan iaitu undang2 tertinggi di negara kita...so, jangan sesekali sentuh hak orang Melayu...orang Melayu DAHULU bukan sekarang yang semakin hari semakin malu mengaku menjadi orang Melayu dah bersusah payah nak membantu kita. ini disebabkan jurang perbezaan yang begitu ketara antara Melayu dan bangsa2 yang lain.. orang-orang Melayu pernah dulu ditempatkan di satu tempat yang paling bawah sekali...kalau hak istimewa orang Melayu tak dipertahankan, mampu ke kita nak mengatasi orang Cina dan India? Itupun sekarang ni orang-orang Cina yang banyak mengaut kekayaan di bumi Allah ini. kalau orang DAHULU tak selamatkan hak kita, confirm kita memang beribu dan mungkin juga berjuta kali tercicir daripada bangsa lain....bukan nak timbulkan isu perkauman, tapi kita, sebagai orang Melayu haruslah bersama-sama memelihara sesuatu benda berharga yang telah diberikan kepada kita...ni tak....orang Melayu masih ramai yang tidak sedar diri..sikap MALAS memang susah nak kikis dalam diri mereka....kenapa ini semua terjadi?mungkin juga sebab keistimewaan yang melimpah ruah telah diberikan kepada mereka....Harta yang menggunung sekali pun lama-lama akan habis juga kan...jadi kepada orang Melayu termasuk diri saya,fikir-fikirkan lah...sayangilah AGAMA, bangsa dan negara kita...sultan harus dihormati kerana sultan lah yang bertanggungjawab untuk mempertahankan agama Islam di negara kita...bak kata Filani Fauzi, my cousin, "tak boleh lah kita nak lupuskan sultan dari negara kita...siapa yang nak jaga agama Islam yang semakin hari semakin hilang dari pandangan mata kita...."...renung-renungkan lah....:)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan