Ahad, 5 Disember 2010

Keindahan wanita harus dipelihara:)

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda : "Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya".

Hati wanitaku ini benar-benar tersentuh....aku hanya insan biasa, yang tak lepas daripada melakukan dosa. hampir setiap hari, dosa-dosa baru pasti dicipta.dosa lama masih belum lupus tapi dosa baru pula yang muncul. ya Allah, besarnya dosa ku...tak terkira nilainya dosaku jika ingin dibandingkan dengan pahalaku. semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosaku selama ini...amiiin...
Aku benar-benar ingin berubah daripada seorang perempuan yang kurang menitikberatkan auratnya kepada seseorang yang menjaga mata lelaki daripada meraba tubuhku ini..Ampunkan lah dosaku Ya Allah...semoga hari esok lebih baik daripada hari ini...amiiin:)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan