Jumaat, 15 Oktober 2010

Ekosistem Anti Rasuah

kehidupan sebagai seorang pelajar kewartawanan memang benar-benar menguji kesabaran saya. hidup saya penuh dengan tekanan perasaan kerana banyak tugasan yang perlu diselesaikan dalam masa terdekat. disebabkan tekanan hidup yang tidak mampu dikawal lagi, saya telah membuat keputusan untuk pulang ke rumah bagi menenangkan fikiran saya yang kusut ini. rumah ibarat syurga di hati saya. kehidupan di rumah benar-benar menenangkan dan menggembirakan hati saya ini. ya Allah, betapa seronoknya saya dapat pulang ke rumah. segala tugasan dapat diselesaikan dengan sempurna tanpa tekanan yang mampu menjadi penghalang besar untuk menyelesaikan tugasan yang menggunung itu.
sebagai seorang manusia biasa yang gemar menonton televisyen, saya tidak melepaskan peluang untuk menonton rancangan-rancangan menarik di televisyen. rancangan yang paling menarik perhatian saya pada hari ini ialah rancangan televisyen di Astro Awani yang membincangkan isu mengenai 'Ekosistem Anti Rasuah'. seperti yang kita ketahui,rasuah semakin hari semakin berleluasa di negara kita. baik orang yang mempunyai kuasa besar mahupun orang biasa sama sekali tidak terlepas daripada melakukan rasuah. perbincangan kesemua panel-panel yang antaranya terdiri daripada Datuk Kadir, Ketua Pengarang Berita Publishing serta Timbalan Pengarang SPRM telah menyatakan bahawa media memainkan peranan yang penting bagi membanteras rasuah. isu rasuah yang disebarkan meluas di media mampu membantu pihak SPRM untuk membanteras rasuah pada tahap sifar. namun begitu, segelintir media menggunakan isu ini bagi tujuan pemberitaan sensasi semata-mata. mereka menggunakan medium ini untuk mensensasikan cerita sehingga menimbulkan fitnah dan mampu menjatuhkan orang lain. tindakan ini sama sekali ditolak dan wartawan yang mereka-reka cerita ini akan dihukum dengan hukuman yang setimpal. kadang-kadang tindakan segelintir wartawan yang tidak beretika ini mampu membantutkan tugas SPRM untuk menyelesaikan kes-kes rasuah di kalangan pihak atasan mahupun orang bawahan dengan baik. oleh itu, wartawan-wartawan Malaysia disarankan agar berhati-hati dalam penulisan mereka. terlajak perahu boleh diundur tetapi terlajar perbuatan buruk padahnya. kepada semua wartawan berhati-hatilah dalam penulisan mereka terutama kes-kes yang berat seperti rasuah yang lebih besar dosanya daripada jenayah biasa. melalui perbincangan meja bulat di antara 10 mata ini telah menyimpulkan bahawa ekosistem anti rasuah mampu diwujudkan di Malaysia dengan syarat semua pihak termasuk masyarakat Malaysia bersama-sama membanteras jenayah daripada berleluasa di negara kita ini. rasuah merupakan penyebab utama ekonomi negara semakin merundum. renungkan dan fikirkanlah jika sayang masih ada untuk Malaysia. sekian,
yang benar, shahira shariff:)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan