Isnin, 29 November 2010

Ketuanan Melayu ingin dilupuskan?

Astagfirullahalazim...sekali lagi, hati aku seperti dirobek-robek...Ketuanan Melayu ingin dilupuskan? Siapa lah gerangan manusia yang betul-betul buta sejarah ni..Tergamak mereka ingin melenyapkan institusi tertinggi di negara kita semata-mata ingin memancing undi..Sumpah, kalau aku ada kuasa yang besar, aku dah lama lucutkan kewarganegaraan mereka.tak layak langsung jadi warganegara Malaysia jika belum tahu menghargai keperitan dan kepayahan nenek moyang kita mempertahankan tanah air kita.
Masyarakat Melayu benar-benar buta mengenai sejarah negara. Mereka sewenang-wenangnya memperkatakan sesuatu perkara yang mereka tidak pasti hakikatnya.
Nasib baik aku belajar di UiTM.Agaknya kalau aku tak belajar UiTM, entah-entah aku terjebak sama dengan manusia-manusia yang cetek sejarah ini.Tolong lah...sedarlah...Sultan merupakan Ketua Agama Islam..kalau kau hapuskan Kesultanan Melayu, siapa nak pelihara agama Islam kat negara kita ni.fikirkanlah.Jangan ikut suka hati kau je nak cakap apa...Haish... Geram betul aku...Sumpah, aku rasa diorang yang buat statement nak hapuskan Kesultanan Melayu ni boleh keluar dari Malaysia.Kau ingat dengan cara kau bela masyarakat bukan Melayu diorang nak sokong kau.Guna lah akal..siapa lagi yang nak selamatkan bangsa kita yang dah semakin lapuk dek zaman kalau bukan kita.dah lah orang Melayu semakin hari semakin tak sedar diri yang diorang tu orang Melayu.Betul lah kata mandat Perdana Menteri kita.."Melayu mudah lupa"...sedarlah orang Melayu.tolong lah..jangan sampai aku menangis lagi...aku dah tak sanggup tengok orang Melayu ditindas

Tiada ulasan:

Catat Ulasan