Rabu, 28 Julai 2010

Inilah Malaysia

Inilah Malaysia

Daripada susur alur kehidupan Malaysia hingga kepada jolokan syurga makanan, Malaysia juga terkenal di mata dunia dengan kelantangan dan keberanian seroang tokoh negara iaitu Tun Sri Dr Mahathir Mohammad. Tokoh yang berusia dalam lingkungan 80-an ini cukup berani melontarkan pelbagi pendapat lebih-lebih lagi mengenai isu kekejaman Israel terhadap Palestin. Prinsip hidupnya, ‘berani kerana benar’ telah membantunya maju lebih ke hadapan berbanding dengan pemimpin-pemimpin negara yang lain. Secara jujurnya, saya cukup bangga kerana Tun Sri Dr. Mahathir telah diciptakan oleh Allah untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Dengan adanya beliau, nama Malaysia harum di mata dunia. tanpa beliau, Malaysia mungkin masih di takuk lama. Bagi saya, Malaysia adalah segala-galanya. Walau sehebat mana pun negara luar, Malaysia tetap di hati saya. Bak kata pepatah, “Hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri. Lebih baik negara sendiri”.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan