Jumaat, 22 Oktober 2010

go shera go


aku tak sabar nak hadapi hari2 baru
aku nak tutup buku sem 3 cepat2...
aku rasa cerita perjalanan hidup aku time part 3 degree ni paling x menarik yang pernah dikarangkan
aku x sangka aku akan merasa saat part 3 diploma balik
ya Allah, aku memang fobia dengan part 3
adakah tertulis everytime aku masuk part 3
i have to experience the bad bad bad condition
sumpah...aku sunyi
aku rasa lemah
tak bermaya
tak bersemangat nak hadapi hari-hari di shah alam
aku tak tahu lah apa masalah aku sebenarnya
nak kata lecturer bias??
ermmm....ada lah sikit
dulu time diploma ada mis mai, mis huda, madam wan, sir shahril, sir hanafi...mis maizura yg da jd madam maizura
ya Allah, beznya dorang
dorang layan kitorang macam kawan2
kalau ada masalah cakap jer dengan dorang
for sure selesai masalah
huhuh
ermm...
sir faisal ada cakap..
degree is totally different with diploma
u are need to give everything to the lecturer
lecturer just get the input from u
yeah...i admit it
i can feel it
i can touch it
i can face it
degree???
nape kau tough sangat ek degree...
bagi lah aku masa nak kenal kau
huhuh
shera, sahut cabaran ni k...
u can do it, dear:)

Selasa, 19 Oktober 2010

sungai gabai in memory:)





my friends and i went to sungai gabai to release our stress....unplanned ok but it still awesome and fun:)

gambar -gambar time teater Tun Mahathir




Salam Terakhir untuk sir Faisal



shah alam??sangat x bezzzz ok...nasib baik rumah dekat dengan uitm kalau tak, dah lame aku quit belajar...degree???really tough....kalau aku tahu, aku amik broadcasting..just practical...jurnalism??ya Allah, everyday i have to write...write n write...every week, prof rosleena will ask us to do news...tak kira lah, crime news, court news or general news...kitorang kena buat...tapi bila lect online jurn ku, encik faisal kata dia x boleh terima students dia yang buat news sebijik cam profesional jurnalist, ak terkesima...aku dengan rakan-rakan sekelasku semuanya berasa pelik...kenapa persoalan itu yang diutarakan oleh encik faisal??sir, we learn how to write court news sir...everyday prof rosleena akan suruh kitorang buat news....10 assignments sal news sir...so, macam mana sir boleh kata kitorang copy n paste sir??ermm....sorry sir kalau kata-kata kitorang menyakitkan hati sir...tapi kitorang tak berniat nak buat sir sakit hati...mintak maaf sangat-sangat. setahu saya, sekali saja, saya tak datang kelas, itu pun sebab saya memang betul-betul tak sihat..at least asignment berhantar...next weeknya, saya datang kelas, tiba-tiba sir kata, saya tak buat asignment 'inilah malaysia'...saya ingat, saya buat asignment tu...walaupun x sebest mana writing saya but i try my best to do your task...saya ingat lagi, time saya buat asignment tu, sir bercakap-cakap kat belakang saya...siap baca lagi apa yang saya tulis kuat-kuat..walaupun sir kata,"awak x payah risau...saya bagi awak dapat 7...saya tanggung"...tapi hati saya rasa x sedap...ya lah, saya takut sir ada bad perception pasal saya...ye lah, saya takut sir ingat saya tak buat kerja...ermmm....saya sebenarnya terasa hati bila sir kata sir x print asignment saya sebab sir x ingat nama saya...Ya Allah, setahu saya, dulu sir selalu sebut nama saya kat kelas..sir selalu kta, "betul tak, shahira"...tuu la antara ayat yag sir selalu sebut...tapi since that day, you kata you x ingat nama saya...tak apa lah, sir....saya respect sir as my lecturer..saya anggap semua kritikan sir adalah kritikan yang membina....saya anggap ini adalah training untuk saya bekerja nanti...mintak maaf sir kalau saya ada menyakitkan hati sir...halal kan semua didikan dan ajaran sir k...terima kasih banyak2 sir...

Isnin, 18 Oktober 2010

hati yang sepi


aku sepi lagi
keseorangan
tanpa teman yang sentiasa menghiburkan hati
hati ku terus sepi
hatiku melayang di bawa arus sepi
sepinya hati ini
sukar nak diungkapkan
tapi kurasa dunia ni tak bermakna
aku seperti hilang segala-galanya
entah ke mana perginya kebahagiaanku
kenapa tak muncul tiba?
aku perlukan kekuatan
kekutan untuk mengharungi duri ranjau kehidupan
aku rindu zaman-zaman kebahagian yang lalu
segalanya indah belaka bagiku
shahira...
kebahagiaan boleh dicipta
kenapa kau harus bergundah gulana
sedangkan banyak perkara yang boleh membahagiakan kau...
ceriakan lah hatimu shahira
kamu mampu melakukannya:)

Jumaat, 15 Oktober 2010

Ekosistem Anti Rasuah

kehidupan sebagai seorang pelajar kewartawanan memang benar-benar menguji kesabaran saya. hidup saya penuh dengan tekanan perasaan kerana banyak tugasan yang perlu diselesaikan dalam masa terdekat. disebabkan tekanan hidup yang tidak mampu dikawal lagi, saya telah membuat keputusan untuk pulang ke rumah bagi menenangkan fikiran saya yang kusut ini. rumah ibarat syurga di hati saya. kehidupan di rumah benar-benar menenangkan dan menggembirakan hati saya ini. ya Allah, betapa seronoknya saya dapat pulang ke rumah. segala tugasan dapat diselesaikan dengan sempurna tanpa tekanan yang mampu menjadi penghalang besar untuk menyelesaikan tugasan yang menggunung itu.
sebagai seorang manusia biasa yang gemar menonton televisyen, saya tidak melepaskan peluang untuk menonton rancangan-rancangan menarik di televisyen. rancangan yang paling menarik perhatian saya pada hari ini ialah rancangan televisyen di Astro Awani yang membincangkan isu mengenai 'Ekosistem Anti Rasuah'. seperti yang kita ketahui,rasuah semakin hari semakin berleluasa di negara kita. baik orang yang mempunyai kuasa besar mahupun orang biasa sama sekali tidak terlepas daripada melakukan rasuah. perbincangan kesemua panel-panel yang antaranya terdiri daripada Datuk Kadir, Ketua Pengarang Berita Publishing serta Timbalan Pengarang SPRM telah menyatakan bahawa media memainkan peranan yang penting bagi membanteras rasuah. isu rasuah yang disebarkan meluas di media mampu membantu pihak SPRM untuk membanteras rasuah pada tahap sifar. namun begitu, segelintir media menggunakan isu ini bagi tujuan pemberitaan sensasi semata-mata. mereka menggunakan medium ini untuk mensensasikan cerita sehingga menimbulkan fitnah dan mampu menjatuhkan orang lain. tindakan ini sama sekali ditolak dan wartawan yang mereka-reka cerita ini akan dihukum dengan hukuman yang setimpal. kadang-kadang tindakan segelintir wartawan yang tidak beretika ini mampu membantutkan tugas SPRM untuk menyelesaikan kes-kes rasuah di kalangan pihak atasan mahupun orang bawahan dengan baik. oleh itu, wartawan-wartawan Malaysia disarankan agar berhati-hati dalam penulisan mereka. terlajak perahu boleh diundur tetapi terlajar perbuatan buruk padahnya. kepada semua wartawan berhati-hatilah dalam penulisan mereka terutama kes-kes yang berat seperti rasuah yang lebih besar dosanya daripada jenayah biasa. melalui perbincangan meja bulat di antara 10 mata ini telah menyimpulkan bahawa ekosistem anti rasuah mampu diwujudkan di Malaysia dengan syarat semua pihak termasuk masyarakat Malaysia bersama-sama membanteras jenayah daripada berleluasa di negara kita ini. rasuah merupakan penyebab utama ekonomi negara semakin merundum. renungkan dan fikirkanlah jika sayang masih ada untuk Malaysia. sekian,
yang benar, shahira shariff:)

Selasa, 12 Oktober 2010

Pengalaman berharga menyaksikan Teater Tun Mahathir Mohammad

Pada 3 Oktober yang lalu bersamaan dengan hari Ahad, saya, Shahira Shariff bersama-sama dengan sahabat-sahabat karib saya, Aina dan Pia.Perjalanan kami ke Istana Budaya mengambil masa hampir 2 jam. walaupun jarak ke Shah Alam untuk menuju ke Istana Budaya sepatutnya mengambil masa yang singkat. tetapi memandangkan kami sesat, perjalanan yang dekat menjadi semakin jauh.
tekanan perasaan jelas tergambar dalam wajah rakan-rakan saya.tapi yang pasti setibanya sahaja di Istana Budaya, hati yang terbakar seperti arang batu bertukar menjadi sejuk seperti ais batu. wah, betapa hebatnya lakonan yang dibawa oleh Erra Fazira, Esma Daniel dan Zizan Nin. mereka memang benar-benar berbakat. pujian harus diberikan kepada Esma Daniel kerana berjaya membawa watak Tun Mahathir dengan cemerlang sekali. saya sungguh bangga melihat bakat yang ada dalam diri Esma Daniel.erra juga tidak kurang hebatnya.
secara kesimpulannya, saya benar-benar berpuas hati dengan teater Tun Mahathir kerana selain berhibur, saya dapat menambah ilmu pengetahuan saya mengenai Dasar Ekonomi Baru dan Wawasan 2020. TAHNIAH KREW-KREW TEATER TUN MAHATHIR:)