Apakah itu media? Apabila perkataan media terpacul sahaja dari mulut, pelbagai andaian dan gambaran yang tergambar dalam benak otak setiap individu. Namun begitu, media merupakan suatu medium yang besar untuk menyampaikan segala jenis bentuk maklumat kepada orang ramai. Isu-isu semasa berkaitan hal ehwal dunia sama ada dalam negara mahupun di luar negara akan disampaikan dengan pantas dan cepat. Selain itu, media berperanan besar untuk mengesahkan dan melaporkan sesuatu berita penting kepada umat manusia sejagat. Sebagai contoh, isu-isu politik yang bergolak di dalam negara kita, nasib rakyat Palestin yang menderita dibedil dengan keganasan bom Israel, orang-orang miskin yang menderita dengan kehidupan mereka yang daif dan kisah-kisah sensasi artis yang menjadi bualan orang ramai semuanya dilaporkan di dalam media. Tanpa media, manusia mungkin akan hilang arah dan masyarakat tempatan sendiri akan hidup jauh ketinggalan daripada masyarakat luar.
Media mempunyai cabang yang luas dalam industri kita ini. Media terbahagi kepada dua jenis media iaitu media bercetak dan media elektronik. .Secara tenikalnya, media bercetak ialah media yang disampaikan melalui suratkhabar atau majalah. Manakala media elektronik ialah maklumat yang dilaporkan melalui televisyen, radio dan internet yang semakin hari semakin berkembang pesat dalam kehidupan masyarakat. Namun begitu, kedua-dua jenis media ini mempunyai tanggungjawab yang sama iaitu untuk menyampaikan maklumat, informasi dan pengetahuan kepada orang ramai dengan pantas tanpa mengira sempadan waktu.
Jika difikir secara logik akal, kita mungkin akan berpendapat media hanya merupakan satu saluran untuk menyampaikan maklumat tetapi pada hakikinya media turut memainkan peranan yang sangat besar untuk membentuk jati diri dalam setiap individu masyarakat melalui hasil penulisan dan laporan yang diterbitkan. Tidak semua manusia di alam ini mampu untuk menimbangkan sesuatu perkara itu dengan baik. Terdapat segelintir manusia yang masih cetek pemikirannya dan melakukan sesuatu perkara hanya mengikut kata hati dan nafsu. Melalui media, pelbagai informasi akan disalurkan sama ada berita positif mahupun negatif. Kebanyakan berita yang disampaikan semata-mata untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai namun disebabkan nama media itu sendiri berdiri sebagai satu medium besar yang mampu melaporkan pelbagai berita tanpa masa serta waktu dan seterusnya mempengaruhi kehidupan seharian mereka.
Berbagai-bagai persepsi mahupun tanggapan dilontarkan mengenai media. Ada yang menyatakan media merupakan suatu keperluan hidup yang sangat penting dalam kehidupan seharian. Tanpa media, mereka merasakan hidup mereka terumbang-ambing kerana medialah yang bertanggungjawab membawa mereka ke suatu alam realiti kehidupan serta mengajar mereka nilai-nilai murni dalam meniti sesebuah kehidupan. Sudah menjadi adat, ada yang menyokong dan ada yang tegar membantah kelahiran media dalam kehidupan seharian mereka. Mereka yang membantah habis-habisan terhadap media menyatakan bahawa media itu sendiri mampu membunuh kehidupan seseorang. Pelbagai jenis bentuk perkataan dilemparkan terhadap media antaranya ialah ‘media jalan menuju ke neraka’, ‘Media pemusnah genenasi kini’ dan ‘ Media meruntuhkan institusi sesebuah negara’. Walau banyak manapun pelbagai kata-kata nista dan keji dilontarkan kepada media namun media masih berdiri gah dan teguh serta berkembang semakin pesat mengikut peredaran semasa.
Baru-baru ini kita digemparkan dengan satu isu yang berbunyi “ Nasib Suruhanjaya Pilihan Raya(SPRM) dibunuh oleh kekejaman media”. Berita ini sama sekali mengejutkan pelbagai lapisan masyarakat. Melalui isu itu, media dikatakan menuduh dan mempertikaikan keupayaan SPRM dalam menangani kes-kes rasuah sebagai contoh kes Tean Beng Hock yang masih disiasat oleh pihak SPRM. Disebabkan laporan media yang terlampau menguji kesabaran SPRM, ia secara tidak langsung telah melemahkan semangat SPRM bagi membanteras gejala rasuah dalam kehidupan seharian kita. Ya, tidak dinafikan media mampu membunuh dan memusnahkan karier SPRM tetapi dengan adanya media, kemungkinan besar ia mampu mengubah SPRM menjadi lebih baik dari semasa ke semasa. Secara realitinya media bertanggungjawab untuk memberikan pelbagai kebaikan kepada manusia.
Persepsi dan realiti mempunyai definisi yang berbeza. Kedua-dua perkataan ini membawa maksud yang tersirat dan perlu dirungkai dengan lebih mendalam. Pelbagai persepsi dan andaian mengenai media sama ada positif mahupun negatif. Tetapi yang pastinya, media sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Dengan adanya media segala informasi, maklumat dan pengentahuaan dapat dilaporkan kepada kita. Cuba bayangkan hidup kita tanpa media sudah tentu negara kita sendiri akan hilang arah dan terumbang-ambing kerana segala informasi telah disekat. Peranan media itu sendiri adalah untuk mendidik, menghiburkan dan menyampaikan sesuatu pengetahuan kepada orang ramai. Jika benar, media mendatangkan keburukan kepada kita maka sebagai seorang manusia yang dilahirkan mempunyai pemikiran yang waras, kita seharusnya berfikir secara rasionalnya. Kita seharusnya mengambil iktibar dan pengajaran daripada sesuatu perkara yang disampaikan dalam media. Jangan biarkan media yang menguasai diri kita tetapi biar kita yang mampu mengawal media dalam kehidupan seharian kita.
Isnin, 2 Ogos 2010
Rabu, 28 Julai 2010
Inilah Malaysia
Inilah Malaysia
Daripada susur alur kehidupan Malaysia hingga kepada jolokan syurga makanan, Malaysia juga terkenal di mata dunia dengan kelantangan dan keberanian seroang tokoh negara iaitu Tun Sri Dr Mahathir Mohammad. Tokoh yang berusia dalam lingkungan 80-an ini cukup berani melontarkan pelbagi pendapat lebih-lebih lagi mengenai isu kekejaman Israel terhadap Palestin. Prinsip hidupnya, ‘berani kerana benar’ telah membantunya maju lebih ke hadapan berbanding dengan pemimpin-pemimpin negara yang lain. Secara jujurnya, saya cukup bangga kerana Tun Sri Dr. Mahathir telah diciptakan oleh Allah untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Dengan adanya beliau, nama Malaysia harum di mata dunia. tanpa beliau, Malaysia mungkin masih di takuk lama. Bagi saya, Malaysia adalah segala-galanya. Walau sehebat mana pun negara luar, Malaysia tetap di hati saya. Bak kata pepatah, “Hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri. Lebih baik negara sendiri”.
Daripada susur alur kehidupan Malaysia hingga kepada jolokan syurga makanan, Malaysia juga terkenal di mata dunia dengan kelantangan dan keberanian seroang tokoh negara iaitu Tun Sri Dr Mahathir Mohammad. Tokoh yang berusia dalam lingkungan 80-an ini cukup berani melontarkan pelbagi pendapat lebih-lebih lagi mengenai isu kekejaman Israel terhadap Palestin. Prinsip hidupnya, ‘berani kerana benar’ telah membantunya maju lebih ke hadapan berbanding dengan pemimpin-pemimpin negara yang lain. Secara jujurnya, saya cukup bangga kerana Tun Sri Dr. Mahathir telah diciptakan oleh Allah untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Dengan adanya beliau, nama Malaysia harum di mata dunia. tanpa beliau, Malaysia mungkin masih di takuk lama. Bagi saya, Malaysia adalah segala-galanya. Walau sehebat mana pun negara luar, Malaysia tetap di hati saya. Bak kata pepatah, “Hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri. Lebih baik negara sendiri”.
Juz go with the flow.....
As usual, nothing special happen in my life...I'm restless.i need some entertainment, fun n of course enjoyable life...my schedule sooooooooo pack.........how can i rest my mind? i'm out of energy..Wednesday supposedly a fun day. but i don't know why.....today is a day that full of stress. i cannot control my emotion. i'm running out of energy...can u imagine,i juz slept 15 to 20 minutes today......da mcm panda da mata aku....huhuhuh.....ermmm....nk cite pe ag ekk?i hate all people around me...piss me off....sometimes i think i don't need them in my life...however life is not be created juz fo me...i have to share with other people....shera, give and take k....jangan nak bolot jer semua........juz go with the flow, babe:)
Isnin, 26 Julai 2010
Abg Saifuddin Abd Bokhari
siapa lah dia ni kn?dia ialah seorg penulis yg ak nk interview. tp haram....satu pn citer sal die ak x tau..sedey tol kehidupan ak nh...xpe shera, nh cabaran tuk ko...ko trime j...ko hadapi dgn tabah n sabar.insyaallah, kjayaan mnjd milik ko..gituu..ak risau lah...ak nk dapat dekan sem nh....ak nk dapat naib canselor...amiiiin....tp jurnalism problemeto gak la...agk susa gak la.....risau plak ak....asgnment bertimbun....kemalasan ak pn makin memuncak so everything is look difficult for me..Shahira Shariff, ape lah nak jadi dengan ko....nape malas sgt nh...cube ringankan badan tuu....buat lah kerja2 yang berfaedah sikit...ni malas jer keja ekkk....shera, ko boleh...jangan risau k...ko jangan takut, jangan cuak, jangan gelabah...ko kena berani menerima cabaran k...shera boley!!!!yeay!!!!!ehhh....cam da lari tajuk jer...ok, berbalik sal abg saifuddin nh...actually, dia ayh kwn ak...ak agk rapat la ngn dy....buat apa, ak nak buang masa cr org yang popular tp susah nak contact...KISS...(keep it simple n short), shera....ak rse ak nk wat isue sal dy mengenai novel dy yg di reject oleh dbp sbb kununny ad unsur khurafat....ermmm...cam menarik...tp kena kaji ag...kena gali ag nh.....doakan la ak a.k.a shahira shariff mampu menyiapkan sgala tugasannya dengan jayanya.....amiiiiin:))
Isnin yang menguji kesabaranku....
ak x tau la nape...ari nh ak rse down giler..cuaca pn gloomy j...cam menggambarkn prasaan ak sekarang....arghhhh....sepatutnye ari nh merupakan ari yg plg happy tuk ak...tp nk wat cmne, asgmnt bertimbun...mst lah ak sedey kn???apa yg ak merepek nh??/cmne ak nk cr novelis nh??cmne nk interview...ak x boley give up...shera don't give up...u can do it, babe....
Langgan:
Catatan (Atom)